SEKADAR PENGENALAN TENTANG LAMAN BLOG SAYA .
Pengenalan kepada blogspot BigSteps :
Beberapa tahun lalu, tepatnya pada 2018 sebenarnya saya telah memulai ajang penulisan dalam Blogspot ini disebabkan minat membara untuk berkongsi sesuatu yang spektakuler melalui karya penulisan. Saya berminat dengan ilmu pengetahuan yang melampaui pelajaran silibus di sekolah dan sejujurnya sangat tertarik untuk berkongsi tentang hal baharu yang 'extraordinary' . Untuk pengetahuan, saya sempat menulis beberapa artikel berkaitan sains secara ringkas di laman Blogspot saya yang lalu, namun malangnya saya telah tidak dapat lagi mengaksesnya kerana saya telah terlupa kata laluan bagi e-mel saya yang terdahulu. Saya berusaha untuk mencari celah agar blogspot saya dapat diakses semula namun apakan daya nasib tidak menyebelahi. Tidak apalah, mungkin bukan rezeki saya untuk meneruskan coretan di situ. Memulakan sesuatu yang baharu itu ternyata sangat susah, buktinya sepanjang jeda tersebut, saya berasa kurang termotivasi untuk mencipta akaun blogspot baharu dan menulis lagi disebabkan peristiwa terlupa e-mel serta kata laluan akaun lepas. Diperlukan faktor pemacu ataupun 'starter' untuk menempuh sesuatu dari awal, dan disinilah motivasi saya kecapi untuk menulis semula di laman blog ini.
Jujur dari hati terdalam, saya tidak tahu harus mula dari mana apabila saya telah mencipta akaun baharu. Namun, beberapa ketika saya memutuskan untuk mendedikasikan laman blog baharu ini sebagai platform perkongsian ilmu pengetahuan, spesifiknya ilmu falsafah dan sains serta berkongsi berkenaan pengalaman dalam kehidupan. Tambahan pula, sebagai mahasiswa di menara gading menuntut pelajar untuk banyak menulis (menaip) dan menggali ilmu bukan sahaja sepanjang pengajian malahan selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kita haus akan ilmu pengetahuan. Perlu kita ketahui bahawa daripada sekian banyaknya rahsia alam semesta raya ini , hanya 1% sahaja dapat diungkap oleh ilmu pengetahuan moden dan daripada sejumlah banyaknya ilmu pengetahuan kita tidak mampu untuk menguasai walau 1% daripada pengetahuan yang tersedia. Jika dianalogikan secara terperinci, ilmu pengetahuan diwakili oleh bulatan yang sangat besar. Para ahli akademik yang hanya mendalami satu bidang epistemologinya hanyalah diwakili oleh satu titik yang sangat kecil dan rahsia alam merupakan semesta diluar lingkaran besar tersebut yang terbentang luas tanpa batasan.
Hal ini secara implisit menunjukkan bahawa setiap dari kita itu tidak akan pernah berkecukupan dalam menuntut ilmu maka janganlah kita sesekali merasa kita mengetahui sesuatu kerana percayalah itu hal yang mustahil dicapai. Sebagai mahluk mamalia homosapien , kita merupakan ciptaan Tuhan yang istimewa kerana kita mampu untuk mempelajari apa sahaja yang kita inginkan dengan catatan kita berusaha dan bertawakal juga. You Can Learn Anything !! Oleh itu, saya berharap destinasi kita untuk berkongsi ilmu dapat direalisasikan melalui penulisan blogspot ini dan saya sangat berharap agar blogspot ini menjadi persinggahan ramai orang(netizen) supaya saya juga dapat belajar dari kalian.
Sebagai perkenalan ringkas, nama saya berawalan huruf rumi V dan menetap di Sabah, Malaysia. Benar, Sabah Negeri di Bawah Bayu. Ketika artikel ini ditulis, saya sekarang menuntut disalah satu universiti tempatan dalam bidang sains Fizik. Dengan itu, topik bawaan saya akan sentiasa berkait rapat dengan sains, teknologi dan falsafah . Penulisan artikel akan sentiasa menggunakan pseudonym yakni Big Steps kerana bukan sahaja kedengaran fancy namun mengandung makna filosofi terhadap saya .
Berikut merupakan pautan laman 'blogspot' saya yang sudah tak dapat ku akses lagi. Terdetik perasaan rindu untuk membaca kembali karya penulisan sendiri.😔😔 Jikalau akaun tersebut masih dapat diakses, mungkin sudah banyak penulisan yang dapat dihasilkan.. "Mungkin" !!
Pautan blogspot yang telah hilang dihanyut ombak 'kelupaan' : http://pencintailmu01.blogspot.com/
Topik menarik akan menanti kalian semua. Sebagai "review" sahaja, topik yang akan tulis berkaitan pengalaman hidup misalnya pengalaman bekerja, pengalaman semasa di menara gading, perkongsian berkaitan tips belajar dan sebagainya.
Untuk falsafah saya tertarik untuk menyentuh berkenaan falsafah yunani seperti berkaitan cinta, erti kehidupan, metafizik, falsafah kapitalisme, komunisme, eksistensialisme dan banyak lagi bidang epistemologi falsafah. Namun apa yang anda perlu ketahui, asas dalam falsafah terdiri daripada (1) Epistemologi - Metodologi ilmu, (2) Antropologi - Ilmu tentang manusia (3) Etika - Ilmu moral (4) Estetika - Ilmu keindahan (5) Metafizik - Melampaui Fizik. Mungkin saya akan bawakan tema dari falsafah Yunani, Islam, Barat ke falsafah kontemporari.
Selain itu ialah bidang sains yakni saya akan lebih banyak mendiskusikan berkaitan matematik dan bagaimana formula matematik dihasilkan (derivation), berkenaan fakta unik berkenaan fizik, teknologi baharu @ Internet of Things (IOT) atau metaverse dan sebagainya. Menarik kan topik yang saya ingin bawakan ini ?? Tenang sahaja, saya juga tidaklah pakar dalam mengolah penulisan yang berat-berat seperti itu , maka saya hanya menekankan hal paling asas atau fundamental supaya kita semua dapat memhami cabang pengetahuan tersebut serta mempertimbangkan kapasitas saya yang tidaklah terlalu mendalami bidang ilmu tersebut. Untuk itu artikel yang bakal saya tulis akan mengalami pengolahan daripada pelbagai sumber ilmiah supaya anda dapat merujuk semula dan melakukan kajian yang lebih giat lagi .

Namun demikian, itu hanya perancangan masa panjang sahaja. Semoga tidak ada aral yang mendatang supaya perancangan ini dapat direalisasikan dengan jayanya.
Sekian.
Akhir kata dari saya, salam pekenalan , selamat menulis dan mulakan langkah besar anda untuk merealisasikan mimpi yang besar !!
Ulasan
Catat Ulasan