TERBONGKAR!! Ini dia 5 rahsia memperoleh straight A dalam peperiksaan sekolah | Malaysia
Sememangnya memperoleh keputusan 'straight' A bagi peperiksaan awam kebangsaan seperti SPM bukanlah suatu hal yang mudah untuk digapai namun dengan usaha dan iringan doa, tiada yang mustahil. Pada entry kali ini, admin akan berkongsi berkenaan cara-cara yang efektif untuk belajar dan seterusnya memperoleh keputusan cemerlang bukan sahaja dalam peperiksaan tetapi juga dalam memahami segala materi pembelajaran. Pertama sekali hal yang perlu diperhatikan untuk memperoleh keputusan cemerlang tidak semestinya melalui teknik belajar yang berkesan dan progresif namun juga persediaan mental dan penjagaan fizikal tubuh badan yang sihat juga afdal .
1. Kepelbagaian teknik belajar
- Teknik belajar ala Feynman (Feynman Technique).
Mungkin nama Richard Phillips Feynman atau secara ringkas Richard Feynman masih terdengar asing dalam kalangan masyarakat umum. Namun bagi mereka yang mempelajari bidang fizik pasti mengenali beliau atau sekurang-kurangnya mengetahui teori yang beliau kembangkan dalam bidang elektrodinamik. Untuk pengetahuan anda , beliau merupakan salah satu ahli fizik yang terulung di masa nya iaitu sekitar tahun 1950. Beliau merupakan antara sosok yang penting dalam bidang fizik dengan segala kontribusi dalam kuantum elektrodinamik. Teori beliau bersama dua orang ahli fizik lain berkenaan penemuan baharu dalam cabang kuantum elektrodinamik menobatkan mereka sebagai penerima hadiah nobel Fizik pada tahun 1965. Selain itu, kebolehan beliau dalam menjelaskan sesebuah fenomena fizik secara ringkas dan padat menyebabkan ramai pelajar dan saintis menobatkan beliau sebagai guru fizik yang hebat kerana mampu menjelaskan perkara kompleks seringkas mungkin sehingga mampu difahami sedikit sebanyak oleh pelajar dan orang awam . Melalui penjelasan beliau tentang interaksi antara partikel kuantum iaitu secara pendekatan rajah atau lebih umum dikenali sebagai 'Feynman Diagram' mampu menjelaskan dengan ringkas(mungkin tidak mudah difahami oleh orang awam) tentang teori kuantum - interaksi antara zarah subatomik.
Teknik belajar ala Feynman merangkumi 4 proses rutin yakni :
PERTAMA - PILIH DAN PELAJARI TOPIK YANG ANDA INGIN KUASAI
Do what you love, and love what you do.
Sememangnya anda bebas untuk memilih apa sahaja topik yang anda berminat untuk pelajari asalkan anda sanggup. Seharusnya langkah pertama dalam teknik ini amatlah mudah kerana yang terpenting hanyalah mencari topik matapelajaran yang kita ingin pelajari. Saya ambil contoh topik Daya dan Gerakan - Fizik Tingkatan 5 KSSM. Jika topik sudah ditentukan, jangan lupa sediakan pen dan kertas ! Seterusnya, cuba senaraikan beberapa perkara asas yang anda ketahui mengenai topik yang anda ketahui pada sekeping kertas atau buku nota anda. Misalnya, berkenaan Daya dan Gerakan :
1.Daya
2. Hukum Newton
2. Pergerakan
3. Mendorong kereta mainan
Setelah itu, mulalah mencari sumber rujukan untuk topik yang hendak dipelajari. Terdapat banyak sekali bahan rujukan yang boleh digunakan misalnya internet, buku dan bahan rujukan daripada guru. Namun yang paling mudah mungkin memperoleh sumber melalui internet. Cuma, yang paling penting ialah kerajinan dan dorongan untuk memulakan sesuatu perkara .
KEDUA - AJARKAN
- Cuba terangkan apa yang anda telah pelajari kepada rakan mahupun adik atau ibu bapa mereka. Langkah pertama ialah cari seseorang yang sudi anda terangkan suatu konsep atau perkara yang anda telah pelajari. Jikalau tiada siapa yang sudi minta tunjuk ajar daripada anda atau anda tidak mahu untuk menerangkan ke seseorang, langkah yang boleh diambil adalah ajarkan kembali diri anda. Ya benar, ajar diri anda sendiri. Bagaimana caranya ? Cuba terangkan suatu konsep atau perkara yang anda telah pelajari didepan cermin atau anda bermonolog dengan diri sendiri. Cuba andaikan anda seorang guru yang juga seorang murid pada masa yang sama. Inilah peluang anda menciptakan suasana imaginatif bersama diri anda sendiri. Misalnya, pertimbangkan situasi seorang murid bernama Amirah sedang bermonolog dengan dirinya.
"Amirah, apa yang anda fahami dengan daya ?"
'Oh, daya ialah suatu dorongan sama ada tolakan atau tarikan yang boleh menyebabkan objek bergerak'
"Jelaskan lebih lanjut"
'Jadi jika saya tolak suatu objek dengan perlahan maka ia akan bergerak perlahan juga, tapi kalau saya tolak dengan kuat, ia akan bergerak lebih laju'
...... ...... ...... ...... ...... ...... ...... ...... dsbnya ...... ...... ...... ...... ...... ...... ...... ...... ......
Cuba wujudkan perbualan monolog yang lebih intensif dengan diri anda dengan mempersoalkan perkara yang lebih mendalam. Jangan risau kalau anda tidak dapat menjawab soalan anda sendiri kerana anda berpeluang untuk menerokainya. Misalnya seperti berikut,
"Amirah, oh Amirah ! Kalau kamu melepaskan bola tenis pada ketinggian 1m, dan ia jatuh. Kenapa ia boleh jatuh sedangkan anda cuma melepaskannya dari genggaman dan bukan menolaknya ?Apa yang membuatnya jatuh"? ATAU
"Kalau benar hukum Newton ketiga sahih, semasa saya menolak bahu rakan saya jatuh ke dalam sungai, maksudnya adalah bahu rakan saya menolak saya juga ?" ATAU
"[Matematik] Kenapa Piramid Giza di Mesir yang dibina pada tamadun Mesopotamia masih kukuh sampai sekarang? Apa rahsia nya?"
...... ...... ...... ...... ...... ...... ...... ...... dsbnya ...... ...... ...... ...... ...... ...... ...... ...... ......
Intinya ialah, cuba tanyakan soalan yang diluar kotak tapi masih di konteks pembelajaran anda tersebut. Soalan anda mungkin boleh jadi muncul sewaktu anda mandi, joging atau mungkin semasa menyanyi suatu lagi yang liriknya berkaitan matapelajaran yang anda pelajari. Sekali lagi, anda boleh menggunakan sumber yang anda miliki untuk mencari jawapan konkrit daripada pertanyaan anda !
KETIGA - JANGAN ADA PELAJARAN YANG TERTINGGAL (FILL THE GAPS)
- Ulangi perkara diatas bagi subtopik lain bagi bab tersebut. Fahami tiap-tiap subtopik dahulu barulah beralih ke subtopik lain. Rancang dan urus sendiri tempoh waktu anda untuk mempelajari satu subtopik. Hakikatnya, beratan dan darjah kesukaran bagi setiap topik adalah berbeza, maka delegasikan waktu yang lebih banyak untuk subtopik/bab/matapelajaran yang lebih mencabar dan sukar. Jangan tumpukan waktu yang sangat banyak pada subtopik/bab/matapelajaran yang mudah dan anda telah mahir. Namun, ingatlah untuk jangan sesekali melupakan subtopik/bab/matapelajaran yang mudah tersebut. Mungkin anda bertanya bagaimana untuk menguruskan waktu? Jawapan yang paling umum ialah, sediakan jadual waktu harian anda secara cermat. Tepati dan ikutlah jadual waktu anda sebagai panduan pembelajaran anda. Saya faham mungkin banyak yang mengadu banyak tugasan dan kerja sekolah yang harus diberikan oleh cikgu. Namun sekali lagi tips dari saya, cuba maksimalkan waktu anda dalam kelas/sekolah. Maksudnya, usaikan segala tugasan dan kerja yang diberikan sewaktu dalam kelas! Atau mungkin sewaktu guru tidak masuk kedalam kelas, itulah waktu anda menyiapkannya! Ada yang berdalih bahawa, waktu didalam kelas adalah sesi dimana pelajar mendengarkan guru semasa mengajar bukannya melakukan tugas sekolah! Saya yakin waktu yang diberikan oleh guru adalah lebih kurang seminggu. Anda boleh memanfaatkan waktu hujung minggu untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Kalau anda masih berdalih sibuk dan sebagainya, cubalah cari waktu senggang/lapang. Berdalih lagi? Ketahuilah sebenarnya anda yang malas untuk berusaha !
KEEMPAT - PERMUDAHKAN
Percaya ataupun tidak poin terakhir ini sangat signifikan untuk dititikberatkan. Dalam memahami suatu perkara/kejadian/matapelajaran, hal yang paling asas dilakukan oleh otak kita secara autonomi adalah proses kognitif untuk mencari penjelasan paling mudah untuk suatu perkara. Tamsilnya, jikalau seorang bayi menangis, ibu tersebut akan menduga bahawa bayinya lapar dan ingin disusui. Apakah benar? Mungkin sahaja benar dan mungkin ada penyebab lain kenapa bayinya menangis. Bagaimana ibunya tahu dia lapar hanya kerana bayinya menangis? Hasil daripada asumsi sebegini bakal menzahirkan apa yang kita sebut sebagai bias kognitif akibat dugaan yang tak pasti. Namun, iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut ialah proses mempermudahkan penjelasan bagi sesuatu perkara. Misalnya jikalau ditanya apakah itu inersia. Jika anda cari dengan enjin pencarian Google, anda bakal mendapati definisinya sebagai berikut :
"Inersia ialah kecenderungan suatu objek untuk mempertahankan keadaan gerakannya dalam garis lurus jika tidak ada daya luaran bertindak keatasnya. Objek yang tidak begerak akan kekal tidak begerak dan objek yang begerak pada halaju malar akan kekal berada pada keadaan tersebut jika tidak ada daya luar bertindak"
Cuma buat ayat versi anda sendiri yang lebih MUDAH dihadam otak !
"Yang dimaksudkan oleh inersia ialah selagi anda tidak 'mengganggu'(mengenakan daya luaran) objek tersebut ia tidak akan bergerak atau berhenti! "
Mungkin definisinya kedengaran agak karut marut dan menggunakan bahasa pasar, namun ketahui menggunakan perkataan yang lebih mudah sedemikian membuatkan anda lebih mudah memahaminya.
GAYA BELAJAR SAYA SECARA PERIBADI :
2. Konsisten adalah kunci
- Definisi usaha konsisten bagi saya ialah usaha yang BERTERUSAN secara TERATUR. Konsisten bukanlah suatu yang mudah untuk dicapai, misalnya bulan pertama anda 9 jam sehari giat belajar mengulangkaji, namun bulan kedua 7 jam, bulan ketiga 5 jam dan menurun tiap bulannya. Ini merupakan amalan yang tidak konsisten. Adalah lebih konsisten jikalau anda mengekalkan waktu belajar rutin 1-2jam sehari pada bulan pertama, kedua,ketiga dan seterusnya. Jadi tidak semestinya anda harus mengulangkaji pelajaran 9 jam sehari kerana saya yakin perkara tersebut amatlah meletihkan bagi kebanyakan pelajar. Sekali lagi, rancang dan atur jadual belajar anda.
Selain itu, satu tips buat anda sewaktu belajar ialah tabiat belajar anda! Jangan biasakan untuk bermain telefon atau melakukan perkara lain sewaktu belajar kerana boleh mengganggu konsentrasi anda sewaktu belajar. Untuk beberapa situasi mungkin sesetengah orang lebih mudah fokus semasa mendengarkan lagu, maka lakukanlah itu. Bagaimana untuk mengatasi mengantuk semasa belajar? Nasihat dari saya ialah cukupkan rehat/tidur malam. Kedua, minum minuman berkafein seperti kopi(secara terkawal ya) dan perkara yang sering saya lakukan ialah mengusapkan minyak angin menthol pada kelopak mata (pelik, namun berhasil bagi saya).
3. Motivasi sebagai semangat bara api
- Elemen yang tidak kalah pentingnya ialah motivasi dan inspirasi untuk belajar. Semua tips yang saya senaraikan disini adalah BULL SHIT kalau anda tidak mencari sumber motivasi untuk mempelajari sesuatu. Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah, kenali jati diri anda. Ya, benar anda harus kenali diri anda terlebih dahulu. Cuba tanya kepada diri anda, kenapa anda mempelajari suatu subjek seperti Fizik atau Matematik? Adakah kerana terpaksa? Atau kerana anda sememangnya minat subjek tersebut?
Jikalau anda mempelajari suatu subjek kerana minat, maka itu merupakan kelebihan buat anda. Motivasi anda ialah minat yang mendalam dan untuk mempelajarinya seharusnya menjadi proses yang menyenangkan dan memuaskan diri anda. Namun mungkin bagi sesetengah pelajar mereka terpaksa mempelajari suatu subjek kerana ia merupakan prasyarat untuk menamatkan jenjang persekolahan. Menurut perspektif saya, setiap manusia dilahirkan dengan bakat dan kemahiran masing-masing. Bakat-bakat terkhusus tersebutlah harus kita asah dan tajamkan bukan menumpulkannya dengan mengajarkan pelajaran yang tidak berkaitan. Contohnya, saya mempunyai rakan yang amat fasih dalam membuat program pengaturcaraan(programming), namun dia harus berhadapan dengan matematik lanjutan yang amat susah dan tidak diperlukan dalam dunia pengaturcaraanya. Bagi saya, amalan pembelajaran dewasa kini menurunkan minat dan motivasi seseorang dalam mempelajari sesuatu yang awalnya dia minat. Dalam erti kata lain, sistem pendidikanlah yang harus dirombak dan biarkan pelajar tentukan apa yang dihendak pelajari bukannya memasukkan silibus-silibus yang sukar, hujung-hujung tidak diaplikasikan dalam bidang yang dia minat.
Namun, disebabkan para pelajar sudah terjebak dalam kebobrokan sistem pendidikan yang ingin menjadikan semua pelajar harus jaguh dalam semua subjek bukannya mengkhususkan mereka dalam bidang mereka minat, ia merupakan suatu dilema juga bagi saya menjelaskan bagaimana membangkitkan motivasi mereka untuk mempelajari subjek yang mereka tidak minat dari awal. Bagi kes ini, saya hanya mampu memberi 2 pilihan, lari atau lawan ! Ertinya, hadapi sahaja rintangan tersebut, siapa tahu ditengah perjalanan anda bakal memperoleh sumber inspirasi mempelajari suatu subjek ATAU keluar dari sistem yang bobrok ini (lari).
Bagi anda yang ingin menjadi Doktor, tapi harus mengeluh kenapa harus belajar Matematik dan Fizik. Sesungguhnya, aplikasi Matematik dan Fizik itu juga diperlukan dalam segala bidang sains termasuklah bidang perubatan walaupun tidak keseluruhannya diaplikasikan. Nasihat saya, pertahankanlah cita-cita anda kalau anda ingin menggapainya. Belajarlah dengan giat kerana anda ingin menggapai aspirasi anda, lakukanlah apa sahaja, dan jangan lupa bertawakal. Jangan juga lupa harapan kedua ibu bapa anda dan orang tersayang yang ingin melihat anda berjaya kelak .
4. Malu bertanya sesat jalan
- Barangsiapa yang malu bertanya, pasti akan menemui jalan tapi jalan mati. Kejahilan itu muncul bukan kerana kita bertanya perkara yang kedengaran bodoh, tapi kerana kita sentiasa berhindar untuk bertanya. Bagi saya, tidak ada pertanyaan yang bodoh semasa mempelajari sesuatu. Tanyalah sahaja apa yang bermain dalam minda anda. Anda tidak semestinya bertanya kepada guru, namun kepada rakan, orang dewasa dan lain-lain. Budayakan bertanya jikalau tidak pasti. Disebabkan kerancakan dunia internet dan gajet, sekarang para pelajar sudah mampu bertanya kepada guru/fasilitator alam maya dan boleh mencari jawapan di laman sesawang yang terpercaya dan sumbernya berkredibel. Saya bagi petunjuk sedikit bagaimana cara belajar yang benar. Pertimbangkan situasi dimana anda hendak mempelajari suatu topik Matematik : Koordinat dan Satah Cartesian. Perkara pertama yang harus diperhatikan ialah cuba fahami dahulu definisi topik tersebut. Anda boleh langsung menaip perkataaan tersebut di enjin pencarian dengan format berikut :
"Definisi (Topik)"
"apakah maksud (Topik)"
"(Topik) etymology"
Contoh : "Definisi koordinat" , "Apakah itu satah cartesian"
Etimologi(Etymology) ialah kajian tentang asal usul suatu perkataan. Setelah memahami bab itu secara utuh barulah anda mulai mempelajarinya. Sewaktu menelaah topik berkenaan, mungkin pada beberapa ketika anda bertemu dengan perkataan konseptual, misalnya semasa mempelajari Fizik bab Optik, anda bakal bertemu dengan perkataan ganjil seperti 'reflection(pantulan)', 'refraction(pembiasan)', dsbnya. Sama juga, fahami dahulu perkataan tersebut menggunakan langkah-langkah yang telah diulas diatas. Anda juga boleh bertanya kepada orang yang bertauliah berkenaan definisi konseptual suatu perkataan.
4. Badan cergas , otak cerdas
- Disamping kerja keras untuk belajar, jangan pernah lupa untuk melakukan aktiviti rekreasi untuk menyihatan badan dan minda. Bersiar-siar atau malahan aktiviti joging 10-30 minit sehari(setiap petang) sudah cukup sebenarnya. Hal ini kerana badan kita juga memerlukan aktiviti para-intensif untuk meregangkan badan dan mengeluarkan peluh selain mengelakkan minda kita daripada stres akibat terisolasi daripada dunia luar. Jangan beri alasan sibuk kerana pekara ini hanya mengambil waktu sebentar sahaja. Selain aktiviti rekreasi, badan anda juga memerlukan istirahat yang secukupnya. Kajian mendapati seorang remaja memerlukan tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam pada waktu malam. Usahakan kalaupun terlalu sibuk dengan tugasan sekolah, hadkan waktu tugas sehingga pukul 12 malam untuk berehat tidur. Kekurangan tidur boleh menyebabkan kecelaruan dan ketidakfokusan semasa melakukan aktiviti terutama dalam kes ini, pembelajaran dalam kelas. Cuba atur waktu untuk belajar dan berehat juga. Janganlah melakukan hal yang berisiko kepada diri misalnya minum kopi 9 gelas hanya untuk kekal berjaga atau mengambil pil tahan mengantuk. Berjaga tengah malam sahaja boleh menyebabkan risiko penyakit apalagi mengambil kafein berlebihan dan pil tahan mengantuk yang bakal membawa kepada masalah lebih kronik seperti komplikasi hati dan ginjal !Tips saya, aturlah waktu anda sebaik-baiknya ! Gunakan waktu lapang(Contoh : hujung minggu) sebaik baiknya !
Ekstra : Selain itu, sewaktu belajar juga anda boleh mengaplikasikan teknik pomodoro semasa belajar. Tamsilnya jika anda ingin mengulangkaji pelajaran selama 2jam, tetapkan masa(jam randik) bagi setiap 30 minit harus jeda sejenak untuk berehat misalnya 10 minit. Dalam waktu 10 minit tu anda bolehlah bancuh milo, minum air, berak(kan relaks kalau berak), tidur sejenak(nap), kacau adik(puaskan hati) dan sebagainya. Carilah apa sahaja aktiviti anda boleh lakukan untuk berehat. Berehat dengan KitKat pun boleh !
5. Sahabat diskusi
Akhir sekali, carilah sahabat atau teman berdiskusi. Sahabat diskusi tidak semestinya rakan didalam kelas anda. Boleh jadi daripada batch lain, jiran anda, ibu anda, guru anda malahan rakan maya anda. Saya sendiri lebih banyak melibatkan diri dalam grup belajar yang wujud di Telegram dan berdiskusi dengan pelajar-pelajar digrup tersebut. Tapi yang lebih mudah mungkin membentuk kumpulan belajar (Study Group) dengan rakan sekelas anda. Dengan ini proses pertukaran ilmu dan percambahan ilmu dapat dilakukan (brainstorming idea). Tips terakhir ini tidak semestinya dilakukan secara konsisten, namun jika hanya perlu. Anda juga memanfaatkan kumpulan belajar untuk belajar bersama-sama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Dengan ini, walaupun tugasan yang diberikan oleh guru amat banyak, apabila dilakukan bersama pasti lebih cepat siap kerana bebannya dibahagikan bersama akibat proses brainstorming idea bersama tersebut. Namun tidak semua orang suka belajar berkumpulan, ada beberapa lebih nyaman belajar sendiri. Untuk itu, sekali lagi kenali jati diri anda dan ketahui mod pembelajaran mana sesuai dan selesa untuk anda.
Sekiannn !!
Ulasan
Catat Ulasan