Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2025

SIAPA SEBENARNYA SOCRATES DAN KENAPA BELIAU SANGAT BERPENGARUH? | PERKONGSIAN FALSAFAH

Imej
  "Unexamined life is not worth living" Kutipan kata diatas sangat tepat untuk menggambarkan seorang sosok ahli falsafah kuno tersohor. Tidak lain dan tidak bukan beliau merupakan Socrates, ahli falsafah Yunani kuno yang sangat berpengaruh dan pemikirannya masih diaplikasikan sehingga hari ini. Namun, siapakah Socrates? Kenapa namanya masih disebut-sebut malahan dijadikan bahan topik artikel kali ini waima sudah lebih 2000 tahun lalu beliau hidup? Socrates bukan calang-calang orang, melainkan beliau merupakan pemikir Yunani yang hebat dan telah mengubah lanskap dunia dengan gaya bertanya soalan dan mendorong rakyat Athens (Athenians) pada ketika itu untuk tetap kritis dan mempertanyakan segala perkara termasuklah sistem pemerintahan di Athens.  Sejauh mana kutipan diatas benar? Benarkah kehidupan yang tidak dirancang dengan rapi tidak berlaloi untuk dipertahankan? Socrates ingin menekankan pentingnya 'self-questioning' dan 'self-reflection' terhadap segala kep...

Perkongsian Pengalaman Belajar Sarjana Muda Sains Fizik di UM Selama 7 Semester | Fizik UM | Pengalaman | Cerita

Imej
Macam tidak percaya saya berjaya membereskan semester 7 dan projek akhir tahun dengan jayanya. Minggu depan, bersamaan dengan 17 Mac 2025 merupakan perjalanan baharu saya untuk Latihan Industri (Internship). Namun, semester akhir ni la pening mau fikir persediaan intern laa, sama ada mau sambung sarjana dalam teknologi kuantum atau kerja dulu.. Huhuu 😥 Tapi entry kalini saya mau berkongsi pengalaman, suka duka dan perjalanan saya semasa belajar degree physics di UM setakat 7 semester hehe..  Seingat saya Semester I batch kami 2021/22 sepenuhnya atas talian - dari kelas kuliah sampailah peperiksaan akhir pun atas talian. Jadi fasa ni belum lagilah pergi kampus dan melihat suasana di fakulti sains dan jabatan fizik.  Jabatan Fizik, tempatku menuntut ilmu alam Fakulti kesayangan ku, Fakulti Sains UM.  Semester I :  Masa ni masih santai lagilah sebab kursus yang diajar ada yang masih asas dari SPM. Subjek yang saya masih ingat seperti Elektronik I, Fizik Kuantum, Kaedah...