Perkongsian Pengalaman Belajar Sarjana Muda Sains Fizik di UM Selama 7 Semester | Fizik UM | Pengalaman | Cerita
Macam tidak percaya saya berjaya membereskan semester 7 dan projek akhir tahun dengan jayanya. Minggu depan, bersamaan dengan 17 Mac 2025 merupakan perjalanan baharu saya untuk Latihan Industri (Internship). Namun, semester akhir ni la pening mau fikir persediaan intern laa, sama ada mau sambung sarjana dalam teknologi kuantum atau kerja dulu.. Huhuu ๐ฅ Tapi entry kalini saya mau berkongsi pengalaman, suka duka dan perjalanan saya semasa belajar degree physics di UM setakat 7 semester hehe..
Seingat saya Semester I batch kami 2021/22 sepenuhnya atas talian - dari kelas kuliah sampailah peperiksaan akhir pun atas talian. Jadi fasa ni belum lagilah pergi kampus dan melihat suasana di fakulti sains dan jabatan fizik.
Semester I :
Paling teruk ialah Fizik Statistik sebab masa peperiksaan tu saya lupa formula saja and kita tak boleh bawa cheatsheet๐ญ๐ญ๐ญJadi banyak soalan yang saya tak boleh jawab(saya tetap jawab apa yg saya masih ingat saja la haha), tapi nasib lah ada soalan definisi dan continuous assessement A- jadi masih boleh survive :p
Subjek tu ialah astrofizik. Ni subjek killer di jabatan fizik dan diajar oleh lecturer (yang dianggap strict dalam pemarkahan) iaitu Dr. Juan Carlos. Kalau kamu ikuti kajian pengimejan gambar Black Hole yang terkini pada 2019, Dr. Juan ni antara saintis yang menyertai kumpulan penyelidikan astronomi iaitu Event Horizon Telescope (ETH). Jadi boleh tahulah beliau ni memang orang pakar dalam astronomi dan memang strict dalam penandaan. Khabar angin tu saya dengar juga dari senior dan pelajar lain mengatakan demikian, namun saya tetap mengabaikan dan tidak percaya hehe - memang keras kepala betul!! Soalan dia memang ekstrim dan susah (susahlah sebab tidak study betul-betul). Tak mengapa, saya sedar ketika tu saya leka dan tidak fokus ulangkaji subjek dia. Kelas dia pun selalu datang lambat,, masalah saya ni jenis yang kurang berdisiplin sikit. Jadi sejak dari tu, saya buat refleksi pada diri dan cuba perbaiki mana yang boleh. Saya berazam untuk tingkatkan pengetahuan astronomi saya - saya ikut kelas atas talian astronomi di edX dan sertai IAAC (pertandingan AstroFizik & Astronomi). Apapun saya tetap cinta astronomi sampai sekarang hehe...
Saya mahu cerita pasal subjek Fotonik tu. Jadi subjek ni berkenaan dengan Foton (Zarah cahaya dan Optik Fiber la kan. Tapi silibus dia ialah semua tentang sifat cahaya secara klasik sahaja dan membincangkan proses fotonik, rekabentuk peranti, fabrikasi dan aplikasi dalam industri. Jadi masa peperiksaan akhir, saya ada tersilap lukis rajah untuk fiber optik jenis graded-index. Kalau kamu perhatikan graded-index profil dia melengkung ditengah sebab perbezaan indeks bias pada bahagian teras. Saya lukis kurang melengkung, jadi lecturer tu pun tegur lah hahaha..๐Cepat-cepat saya kasih betul lukisan tu. Makasihhh Dr..Elektronik tu saya jangka dapat A sebab ada beberapa soalan yang saya ulangkaji keluar, tapi realiti bercerita lain pula.
Untuk projek astronomi kami di SMK Taman Sea, mungkin saya akan ceritakan di kesempatan yang lain sebab ni banyak mau ulas hehe...๐
Dan satu lagi saya mau cerita. Semester ni lah saya ambil kursus Kosmologi dan Kenisbian Umum. Cuba teka siapa yang ajar - DR JUAN CARLOS sekali lagi.. Tapi saya tetap nekad mau ambil kursus ni, kalini lain sikit sebab saya ulangkaji kursus ni masa cuti semester. Sejak tragedi hitam semester IV tu saya insaf dan belajar untuk tidak take for granted of anything.๐
![]() |
| Jabatan Fizik, tempatku menuntut ilmu alam |
![]() |
| Fakulti kesayangan ku, Fakulti Sains UM. |
Semester I :
Masa ni masih santai lagilah sebab kursus yang diajar ada yang masih asas dari SPM. Subjek yang saya masih ingat seperti Elektronik I, Fizik Kuantum, Kaedah Matematik I, Fizik Amali I, Fizik Termal, Getaran & Gelombang, Sains, Teknologi dan Masyarakat serta 2 kursus universiti (Appreciation to Ethics & Independent Research).
Untuk kursus Fizik Kuantum tu agak baharu lagi dan subjek ni struggle juga dari segi tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Tapi matematik asas terutama algebra linear kena kuat la.
Kami tidak merasakan orientasi fizikal seperti pelajar lain, but not a big deal. Tidak berapa ingat sesi orientasi tu, tapi secara keseluruhan mengenai suasana kampus dan struktur pembelajaran. Apa yang saya masih ingat ialah kata-kata seorang pensyarah mengatakan,
"Degree life is tough if you are walking through alone"
Lebih kurang macam tu la, masa tu pun saya tiada kawan dari asasi yang masuk fizik jadi maksudnya saya akan sendiri-sendiri saja dluu..
Semester II dan seterusnya sudah fizikal yaaa, so tiada alasan untuk exam online. Semester pertama saya dapat 4 flat, hihi terkejut lah sebab saya expect elektronik saya dapat A- atau B+. Sebab apa? Sebab continuous assessment sayaa tidak cantik sangat dapat B+. Dan final exam masa online pun banyak yang saya tidak pasti jawapan tu betul ka tidak huhu. Tapi hujung-hujung dapat 4 flat, siapa tidak terkejut haha..
![]() |
| Sem I |
Semester II, III :
Untuk sem II dan III kursus yang diajar seperti Mekanik Kuantum I, Fizik Amali II, Keelektromagnetan I, Sains Bahan, Kaedah Matematik II & III, Fizik Statistik, Statistik serta subjek wajib universiti (tau la kan) dan English. Setakat semester III sebenarnya masih mulus dan lancar lagi. Motivasi belajar pun sangat tinggi, suasana belajar pun kondusif dan kehidupan sosial saya masih baik, CGPA pun masih okay la hehe.. Nanti saya cerita bila masa CGPA saya turun seperti saham yang turun waktu market crash. Kursus Mekanik Kuantum I tu lanjutan bagi kursus Fizik Kuantum sem I dan agak sukat sikit. Semester II, III masih struggle juga sebab mau faham fizik ni bukan senangkan. Tapi saya masa ni masih bersemangat kental lagi belajar kursus-kursus yang agak kedengaran fancy macam Kuantum hehe. Yalah sebab kuantum ni bidang yang overrated sangat tapi memang bidang ni tidak mudah yaa! Semasa belajar tu, selain rujuk nota kuliah, saya sempatkan juga cari bahan nota tambahan di internet dan melalui buku untuk topik yang spesifik saja..
![]() |
| Sem II |
Sem IV (Zaman Gelap) :
Jadi kalau kita ibaratkan Sem I - III ni zaman keemasan dan sem 4 ialah zaman gelap macam zaman pertengahan Eropah huhu๐Tapi tidak lah sampai gagal, cumaa....hmm. Subjek yang saya dapat paling teruk ialah subjek yang saya minat sejak sekolah dulu. Cuba teka subjek apa.
![]() |
| Sem IV |
Subjek tu ialah astrofizik. Ni subjek killer di jabatan fizik dan diajar oleh lecturer (yang dianggap strict dalam pemarkahan) iaitu Dr. Juan Carlos. Kalau kamu ikuti kajian pengimejan gambar Black Hole yang terkini pada 2019, Dr. Juan ni antara saintis yang menyertai kumpulan penyelidikan astronomi iaitu Event Horizon Telescope (ETH). Jadi boleh tahulah beliau ni memang orang pakar dalam astronomi dan memang strict dalam penandaan. Khabar angin tu saya dengar juga dari senior dan pelajar lain mengatakan demikian, namun saya tetap mengabaikan dan tidak percaya hehe - memang keras kepala betul!! Soalan dia memang ekstrim dan susah (susahlah sebab tidak study betul-betul). Tak mengapa, saya sedar ketika tu saya leka dan tidak fokus ulangkaji subjek dia. Kelas dia pun selalu datang lambat,, masalah saya ni jenis yang kurang berdisiplin sikit. Jadi sejak dari tu, saya buat refleksi pada diri dan cuba perbaiki mana yang boleh. Saya berazam untuk tingkatkan pengetahuan astronomi saya - saya ikut kelas atas talian astronomi di edX dan sertai IAAC (pertandingan AstroFizik & Astronomi). Apapun saya tetap cinta astronomi sampai sekarang hehe...
Semester V (Renaissance):
Semester V ni saya mula bangkit semula, ibaratnya macam zaman reformasi atau Renaissance lah kalau di Eropah! Kalini saya jangkakan boleh 4 flat sekali lagi tapi hampanya tidak dapat, but it's okay la, 4 flat ni anggap bonus ja yang paling penting kita belajar sesuatu dari setiap subjek tu betul ka benar?๐
![]() |
| Sem V |
Sem VI ni lah saya paling mencabar..Cuba teka kenapa. Sebab masa ni la kami buat projek astrofizik untuk kursus Physics@Work tu ditambah pula saya ambil kursus Optik Kuantum Prof Raymond Ooi. Kursus Optik Kuantum ni merupakan kursus baharu di UM dan mungkin ada yang berfikir kursus ni sama saja macam Mekanik Kuantum. Betul tapi bila mula belajar kursus ni, terus masuk bab kuantisasi medan elektromagnetik, matriks ketumpatan, Jaynes-Cumming Model, Keadaan Koheren, Termal, memerah dan lain-lain. Makin lama, makin susah mau catch up pengajaran Prof mungkin sebab my basic is still low. Tapi saya usahakan juga untuk ikut apa yang Prof arahkan untuk buat derivation sendiri bila sampai kolej dan I did it! Tapi lama-lama saya pun familiar sikit dengan kursus ni. Sampaikan ada satu masa, saya ulangkaji kursus ni semalaman & tidak tidur hahaha (masa tu cuti pertengahan semester laa). Peperiksaan akhir kursus Prof tu berjaya dapat A-, syukurrr!
![]() |
| Sem VI |
![]() |
| Projek astronomi di SMK Taman Sea, PJ |
Untuk projek astronomi kami di SMK Taman Sea, mungkin saya akan ceritakan di kesempatan yang lain sebab ni banyak mau ulas hehe...๐
![]() |
| Study at the beach |
Semester VII :
Semester VII ni sepatutnya ambil 1 kursus saja iaitu Projek Akhir Tahun atau FYP la kann.. Tapi saya nekad ambil kursus elektrif Fizik (Nyahcas Gas) serta kursus tambahan(budak UM panggil kursus SHE) iaitu falsafah, agama dan kehidupan spiritual sebab saya minat falsafah!๐ Saya ambil lagi 1 kursus tambahan SHE lagi iaitu berkaitan dengan Alam Sekitar untuk kasih cukup 15 kredit, cuba teka kenapa mau kasih cukup 15 kredit hehe...
Semester VII saya memutuskan untuk buat FYP dibawah penyeliaan Prof Raymond yakni Profesor yang ajar kursus Optik Kuantum semester VI. FYP yang saya buat pun berkaitan dengan Optik Kuantum dengan topik 'INVESTIGATING THE DYNAMICS AND DECOHERENCE OF A JAYNES-CUMMINGS MODEL (JCM)'. Nantilah saya kongsi sedikit berkenaan projek optik kuantum saya. Untuk sem ni memang tidak kurang mencabarnya juga, sebab selain fikirkan FYP saya kena fikirkan subjek lain juga. Masa FYP tu setiap minggu ada perjumpaan dengan Prof sama ada atas talian atau fizikal. Syukurlah juga boleh selesaikan projek ni atas bimbingan Prof juga.
Sekarang ni tengah fikir mau terbitkan atau tidak projek saya ni hihi.. ๐
![]() |
| Abstrak Projek |
Semester VIII :
Appendix :
Untuk semester terakhir ni ialah Latihan Industri selama lebih kurang 3 bulan lebih bermula 17 Mac hingga 29 Jun 2025. Saya dapat tempat di Malaysia Aviation Group (MAG) sebagai Quality Assurance. Bangga dapat tempat di salah satu syarikat penerbangan negara yang pernah diakui dunia sebagai 'Top 10 the best airline in the WORLD'. Tidak sabar mauu 'kerja' hehe. Semoga kalini lancar dan tiada aral melintang yaa๐ Beberapa minggu sebelum dapat tempat di MAG sebenarnya saya dapat tempat sebagai maintenance engineer di MIT academy jadi lebih kepada pendidikan. Tapi cuba teka kenapa saya mau juga pilih sebagai Quality Assurance bersama MAG? Nanti saya cerita di entry seterusnya yaaa..
![]() |
| Holla Amigos MAG !! |
Appendix :
Gambar diatas ni merupakan pembentangan saya berkenaan memori kuantum masa semester VI. Masa tu saya sangat tertarik dengan memori kuantum dan peranannya dalam komunikasi kuantum jarak jauh. Boleh tonton dekat youtube kalau berminat disini.
Prof bila mengajar memang ada masa susah mau masuk otak, tapi itu biasa lahh tu kan. Yang best, Prof jarang ajar pakai slide untuk kursus Optik Kuantum, beliau akan tulis rumus dekat whiteboard dan jelaskan. Rule of thumb kalau Prof ajar tapi tidak masuk, terus tanya atau tanya melalui Whatsapp. Dan Prof kadang2 akan suruh pelajar untuk terbitkan rumus yang ada dalam buku Garry Knight tu. Bila Prof suruh, buat saja walaupun dia akan lupaa juga hahah..๐
![]() |
| Buku yg kami pakai untuk Optik Kuantum |
Ini lah Prof. Sithi, salah satu pensyarah yang saya suka dengan gaya pengajaran dan pedagogi kreatif beliau. Kursus beliau ajar ialah Fizik Statistik dan Physics@Work. Tapi yang dalam gambar tu ialah Physics@Work dan saya masih ingat gamabar ni diambil semasa beliau menjelaskan konsep design thinking yang mana salah satu intipati nya ialah EMPATI!
Gaya mengajar beliau bertemakan ARTScience. Banyak lah program dan usaha yang beliau buat untuk mendorong minat STEM dalam kalangan pelajar contohnya baru-baru ni ialah persembahan wayang kulit berjudul 'Quantum Revolutions in Wayang Kulit'. Saya pun terpukau dengan persembahan pelajar dibawah bimbingan Prof. HEBATTT KANNN???๐
Okayy itu sahaja dulu cerita saya kali ni. Nanti ada masa saya update berkenaan pengalaman LI saya pula.๐
- Vxjpii / March 13th, 2025 -














.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
Ulasan
Catat Ulasan