SIAPA SEBENARNYA SOCRATES DAN KENAPA BELIAU SANGAT BERPENGARUH? | PERKONGSIAN FALSAFAH

 



"Unexamined life is not worth living"

Kutipan kata diatas sangat tepat untuk menggambarkan seorang sosok ahli falsafah kuno tersohor. Tidak lain dan tidak bukan beliau merupakan Socrates, ahli falsafah Yunani kuno yang sangat berpengaruh dan pemikirannya masih diaplikasikan sehingga hari ini. Namun, siapakah Socrates? Kenapa namanya masih disebut-sebut malahan dijadikan bahan topik artikel kali ini waima sudah lebih 2000 tahun lalu beliau hidup? Socrates bukan calang-calang orang, melainkan beliau merupakan pemikir Yunani yang hebat dan telah mengubah lanskap dunia dengan gaya bertanya soalan dan mendorong rakyat Athens (Athenians) pada ketika itu untuk tetap kritis dan mempertanyakan segala perkara termasuklah sistem pemerintahan di Athens. 

Sejauh mana kutipan diatas benar? Benarkah kehidupan yang tidak dirancang dengan rapi tidak berlaloi untuk dipertahankan? Socrates ingin menekankan pentingnya 'self-questioning' dan 'self-reflection' terhadap segala keputusan dan tindakan dalam hidup kita. Socrates melihat rakyat Athens dan pemimpin ketika itu yang petah berbicara tapi mereka sebenarnya tidak tahu apa yang mereka lakukan dan bicarakan tersebut. Ramai dari kita yang sentiasa melakukan tindakan melulu, mengikuti 'perasaan' berbanding berfikir secara matang dan kritis. 

Socrates yang lahir dan hidup di Athens pada tahun 470SM - 399SM seringkali digelar sebagai bapa falsafah barat. Ironinya, seorang yang sangat mashyur dan hebat dalam bidang falsafah dengan gaya berfikir elegen namun tidak meninggalkan sebarang karya bertulis berbeza daripada filsuf terkemuka lainnya yang sudah pasti mempunyai banyak karya berbentuk buku. Kesemua catatan pemikirannya diturunkan dari mulut ke mulut oleh Socrates kepada murid-muridnya seperti Plato dan Xenophon. Mereka inilah yang bakal menulis buku-buku yakni dialog bersama gurunya Socrates misalnya karya Apology, Euthyphro dan Crito ditulis oleh Plato. Karya-karya ini merupakan dialog Socrates bersama muridnya. 

Pekerjaan sehari-hari Socrates ialah 'meracuni' pemikiran orang Athens terutamanya orang muda untuk membuka fikiran mereka dan mendorong mereka untuk mempertanyakan segala perkara yang mereka alami. Kehidupan Socrates dihabiskan untuk 'lepak' ditempat umum dan berdialog dengan orang ramai layaknya seperti bapa-bapa yang sedang berbual kosong di kedai mamak. Namun dialog yang diinginkan oleh Socrates bukanlah sekadar perbualan kosong melainkan tanya-jawab dengan orang umum. Sebagai ilustrasi, mari kita lihat potongan dialog Socrates dengan Euthyphro yang ditulis oleh Plato. 

Situasi - Euthyphro sedang curhat (meluahkan masalahnya) kepada Socrates, 

Euthyphro : Lelaki yang telah mati itu adalah seorang pekerja miskin yang bergantung kepada keluargaku, yang bekerja untuk kami sebagai buruh ladang di Naxos. Pada suatu hari, dalam keadaan mabuk dan marah, dia bertengkar dengan salah seorang pelayan rumah kami dan membunuhnya. Ayahku lalu mengikatnya tangan dan kaki, lalu mencampakkannya ke dalam parit, kemudian menghantar utusan ke Athens untuk bertanya kepada seorang peramal tentang apa yang patut dilakukan terhadapnya. Sementara itu, ayahku tidak peduli langsung tentangnya, kerana menganggap dia seorang pembunuh, dan bahawa walaupun dia mati, itu bukanlah suatu keburukan yang besar. Dan itulah yang berlaku. Disebabkan oleh kesejukan, kelaparan, dan rantai yang membelenggunya, sebelum utusan itu sempat kembali dari peramal, dia telah mati.

Kini, ayahku dan keluargaku marah kepadaku kerana membela si pembunuh itu dan mendakwa ayahku di mahkamah. Mereka mengatakan bahawa ayahku tidak membunuhnya, dan jika benar sekalipun, lelaki yang mati itu hanyalah seorang pembunuh, jadi aku tidak sepatutnya mengambil peduli. Mereka juga mengatakan bahawa seorang anak itu derhaka jika mendakwa bapanya sendiri. Itu menunjukkan, wahai Socrates, betapa sedikitnya mereka memahami pandangan para dewa tentang kesolehan dan kedurhakaan.

Socrates: Apakah itu kesolehan, dan apakah itu kedurhakaan?

Euthyphro: Kesolehan ialah melakukan seperti yang aku lakukan sekarang; iaitu, mendakwa sesiapa sahaja yang bersalah atas pembunuhan, penistaan agama, atau jenayah lain yang serupa—sama ada dia bapamu, ibumu, atau sesiapa sahaja, tidak ada perbezaannya—dan tidak mendakwa mereka adalah satu kedurhakaan. Dan tolonglah pertimbangkan, wahai Socrates, bukti penting yang akan aku berikan kepadamu mengenai kebenaran kata-kataku, yang juga telah aku berikan kepada orang lain—maksudku, kebenaran prinsip bahawa sesiapa sahaja yang durhaka tidak sepatutnya dibiarkan tanpa hukuman.

Bukankah manusia menganggap Zeus sebagai yang terbaik dan paling adil antara para dewa? Bahkan mereka sendiri mengakui bahawa dia telah mengikat bapanya (Cronos) kerana Cronos dengan kejam memakan anak-anaknya, dan bahawa Zeus juga telah menghukum bapanya sendiri (Uranus) atas sebab yang sama, dengan cara yang tidak boleh disebutkan. Namun, apabila aku bertindak terhadap bapaku, mereka marah kepadaku. Beginilah cara mereka bercakap dengan tidak konsisten apabila melibatkan para dewa, tetapi berbeza apabila melibatkan diriku.

Socrates: Mungkinkah inilah sebabnya, wahai Euthyphro, aku dituduh melakukan kedurhakaan—kerana aku tidak dapat menerima kisah-kisah tentang para dewa ini? Oleh itu, aku rasa orang menganggap aku salah. Tetapi kerana engkau, yang lebih mengetahui tentang hal ini, menyetujuinya, aku tidak boleh melakukan yang lebih baik daripada bersetuju dengan kebijaksanaanmu yang lebih tinggi. Apa lagi yang boleh aku katakan, sedangkan aku sendiri mengakui bahawa aku tidak tahu apa-apa tentangnya? Aku ingin sekali engkau memberitahuku sama ada engkau benar-benar mempercayai bahawa kisah-kisah itu benar.

Euthyphro: Ya, Socrates; dan ada lagi perkara yang lebih menakjubkan, yang dunia ini masih tidak mengetahuinya.

Socrates: Dan apakah engkau benar-benar mempercayai bahawa para dewa bertarung sesama sendiri, bersengketa hebat, berperang, dan sebagainya, seperti yang dikatakan oleh para penyair, dan seperti yang dapat engkau lihat digambarkan dalam karya-karya seniman besar? Kuil-kuil penuh dengan gambaran-gambaran ini. Adakah semua kisah tentang para dewa ini benar, wahai Euthyphro?

Euthyphro: Ya, Socrates, dan seperti yang aku katakan, jika engkau ingin mendengarnya, aku boleh memberitahumu banyak lagi perkara tentang para dewa yang pasti akan membuatmu terpegun.

......


Kalau kita perhatikan gaya bertanya Socrates ialah untuk memastikan orang tersebut mengerti dan tahu apa yang dia bicarakan. Socrates berpura-pura tidak tahu dan tiap soalan dilontarkan bertujuan untuk menguji orang yang diajak dialog tersebut. Kaedah ini sering disebut sebagai Kaedah Socrates dalam bertanya. Tapi kita akan bahas di entry yang lain dengan lebih mendalam yaaa..

Apabila rakyat Athens bertanya kepada Oracle of Delphi (Pythia) tentang siapakah orang yang paling bijak di Athens, lalu Pythia menjawab, "Tiada siapa yang lebih bijak daripada Socrates". Mengetahui ini, Socrates menjelaskan bahawa beliau sendiri tidak menyedari bahawa beliaulah paling bijak lalu berusaha untuk menguji penyataan Pythia ini. Pertama, Socrates mendekati ahli-ahli politik dan menyedari mereka tidak memiliki kebijaksanaan yang dimaksudkan. Kemudia beliau mendekati para penyair dan para tukang kayu yang hanya mempunyai pengethauan dalam bidang mereka namun percaya mereka lebih banyak mengetahui daripada yang mereka fahami.

Lantas, Socrates menyimpulkan bahawa beliau lebih baik daripada orang-orang Athens kerana mereka menganggap mereka tahu namun sebenarnya tidak. Malahan, Socrates pula sedar akan batas pengetahuannya dan beliau mengetahui bahawa dia tidak tahu apa-apa atau dalam bahasa inggeris, 

"I know that I know nothing". 

Kebijaksanaan rupanya hadir dalam diri apabila kita menyedari bahawa pengetahauan kita terbatas dan mengetahui segala sesuatu itu amatlah MUSTAHIL. Jadi, daripada kita menganggap kita tahu semua, lebih baik kita mengakui ketidaktahuan kita dan bertekad untuk mempelajarinya!

Namun, perlu diperhatikan bahawa Socrates tidak mendakwa bahawa beliau tidak tahu apa-apa. Sebaliknya, beliau mengakui ketidahtahuannya/kejahilannya dan menyatakan bahawa apa sahaja yang beliau ketahui tidak mempunyai nilai yang besar. Socrates mempunyai beberapa kepercayaan yang kuat tentang kehidupan beretika, walaupun beliau tidak dapat menjelaskan secara tepat mengapa kepercayaan-kepercayaan tersebut benar. Misalnya, beliau percaya bahawa tidak pernah adil untuk mencederakan sesiapa pun, sama ada kawan mahupun musuh. Namun, dalam Republic, sekurang-kurangnya dalam Buku I, beliau tidak memberikan hujah yang sistematik mengenai sifat keadilan yang dapat membuktikan mengapa kepercayaan itu benar. Disebabkan ketegasannya dalam menyelidik sesuatu secara berulang kali, Socrates telah menyempurnakan pegangan falsafahnya sedemikian rupa sehingga beliau boleh mempunyai pandangan tertentu tentang keadilan sambil tetap mengakui bahawa beliau tidak mengetahui sifat keadilan secara menyeluruh.

Selain itu, beliau sangat lantang mengkritik ahli politik dan pemimpin Athens yang tidak memiliki kebijaksanaan sejati. Namun, keberaniannya untuk mencabar status quo yang malahan akhirnya membawa beliau kepada perbicaraannya di mahkamah Athens. Socrates dituduh "meracuni pemikiran anak muda" dan "tidak menghormati dewa-dewa". Walaupun diberi peluang untuk menarik balik kata-katanya, beliau enggan berbuat demikian dan dijatuhi hukuman mati dengan meminum racun hemlock (tumbuhan beracun).

Socrates, ringkasnya merupakan ahli falsafah yang jujur dan berani dalam menegakkan pegangan dan pandangan falsafah beliau. Sungguhpun maut menanti, beliau tidak pernah takut untuk menyuarakan serta menegakkan kebenaran kepada rakyat Athens. Bagi saya, Socrates merupakan sosok guru yang memberi pencerahan kepada murid-muridnya! Adios Socrates, Adioss!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perkongsian Pengalaman Belajar Sarjana Muda Sains Fizik di UM Selama 7 Semester | Fizik UM | Pengalaman | Cerita

TERBONGKAR!! Ini dia 5 rahsia memperoleh straight A dalam peperiksaan sekolah | Malaysia