Jadi hari ini(13 Oktober 2024) sudah genap 5 hari saya tinggal di rumah sewa di kondo Rakyat, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Saya bertolak dari rumah (Penampang, Sabah) pada 8 Oktober lepas seawal jam 4.30 pagi. Sebenarnya para penumpang dikehendaki untuk datang awal ke lapangan terbang untuk mengelakkan kelewatan semasa pendaftaran bagasi dan barangan penumpang. Penumpang diumumkan untuk beratur masuk pesawat dijadualkan pada jam 5.45 pagi, suasana di Sabah sudah terang pada ketika itu. Berbeza apabila di KL, keadaan masih sangat gelap gulita walaupun waktu menunjukkan 6.30 pagi.
 |
| Ini sebentar lagi take-off |
Kejadian yang membuatkan saya agak panik semasa memunggah bagasi dikaunter layan diri ialah apabila saya dinyatakan terlewat dan daftar masuk secara layan diri sudah ditutup. Betapa paniknya saya apabila membaca amaran yang terpampang pada layar elektronik tersebut. Saya lantas panik, bapa saya yang melihat raut wajah dan gerak-geri saya yang tidak keruan kerana kepanikan. Mungkin waktu yang dibenarkan untuk mendaftar masuk (check-in) bagasi sudah terlewat. Lantas saya tercari-cari pekerja AirAsia untuk bertanya mengenai perkara ini. Mujurlah dia berada tidak jauh dari saya, sedang menerangkan sesuatu kepada penumpang lain rasanya. Dengan sigap saya mendekatinya dan menanyakan hal ehwal keterlambatan check-in bagasi, adakah saya juga sudah lambat - Tidak mungkinlah sebab penumpang menaiki pesawat hanya pada 5:45pagi dan masih jauh dari waktu tersebut. Akak tersebut dengan santainya merujukkan saya kepada petugas di kaunter mengatakan 'late case' (lebih kurang macam tu lah). ‘Haaa??! Saya terlewat kahh?’ pinta hati kecilku’. Nasib baiklah masih ada kaunter khas bagi yang terlewat check-in bagasi. Terima kasih akak petugas kerana membantu hehe..
 |
| Pesawat kunang-kunang |
Pendek cerita, semuanya lancar dan bagasi saya berjaya dipunggah ke dalam kabin pesawat melalui 'converter belt'. Nasib baiklah kejadian semasa semester 4 tidak berlaku - Ketika itu saya ketinggalan pesawat dan terpaksa tempah semula pada harga 2x ganda huhh!! Nantilah saya cerita pula kejadian setahun lalu tersebut. Perjalanan sepanjang diatas awan berjalan lancar, Nasi Lemak Vegetarian disantap dengan lahap. Hmm… Baru tau juga ada pula menu macam ini hahaha…. Mungkin lebih enak apabila ia disantap sambil melihat keluar jendela. Mengimbas kembali suatu ketika, disebuah kesempatan, pertama kali duduk disebelah tingkap benakku terasa bebas dari penjara beban seketika bagaikan rama-rama yang terbang semahu-mahunya.
 |
| In-flight meal dia |
Namun, sayang sekali kali ini saya duduk di bahagian tengah kerusi (19E). Huahh… Apa yang menarik duduk di bahagian tengah? Hendak ketandas susah, melihat keluar jendela lagilah terhalang. Cuma katanya orang yang duduk ditengah bebas menggunakan ‘armrest’ kerusi kedua belah. Tapi ramai tidak tahu ‘priority’ orang duduk tengah sebagai imbalan tak susah keluar tandas dan melihat jendela. Terimalah hakikat, kalau mau duduk tepi tingkap kena bayarlah, kalau dapat percuma secara automatik kira beruntunglah tu. Belek telefon, apa yang hendak dimainkan? Internet tiada atas pesawat! Teringat cemilan keropok ‘pringle’di dalam beg saya langsung tidak ku usik. Entahlah, semasa di darat ber-iya beli katanya biar ada sesuatu untuk dikunyah sebagai pelampias kebosanan atas awan, siapa sangka lain pula kisahnya. Berbaki 2 jam setelah makanan habis dilahap sebelum ketibaan, mungkin inilah masa yang tepat untuk membaca buku ‘The Big Questions Physics’. Ini sahaja caranya agar tidak bosan diatas pesawat, bayangkan 2 jam lebih (hampir 3 jam) di atas awan ditambah lagi saya jenis yang sangat susah tidur kecuali kalau sudah mengantuk sangat!
Lebih kurang jam 9 setengah, pesawat mendarat di Lapangan Terbang Subang. Tidak seperti sebelumnya, destinasi yang dituju ialah KLIA 1/2, kali ni AirAsia sudah membuka laluan BKI-SZB. Saya menempah kenderaan melalui aplikasi MAXIM, setidaknya menunggu lebih kurang 20 minit. Dalam perjalanan menuju ke Kondo Rakyat Pantai Dalam mengambil masa lebih kurang setengah jam juga lah, nasib baik keadaan trafik ketika itu tidak terlalu sesak. Sungguh lega dapat melihat bandar raya Kuala Lumpur setelah 3 bulan lebih cuti semester. Akak yang memandu kereta kelihatan sungguh lincah memandu dan arif dalam melihat peta Google. Tambang dari lapangan terbang ke kondominium seingat saya RM20 macam tu. Sesampainya saya di Kondo Rakyat, sungguh jelas bagai rusa masuk kampung. Diturunkan di jalanan yang bertar agak sulit untuk menyorong kedua-dua bagasi bawaan saya, huahhh…Penat!! Saya menyempatkan diri untuk bertanya kepada seorang makcik di warungnya, dimanakah keberadaan blok 3. Ketika itu saya sudah memaklumkan kepada pengurus bilik sewa (yang kemudiannya saya baru tahu dia juga merupakan penyewa bilik) akan kehadiran saya ke bilik sewa tersebut. Untuk pengetahuan, bilik yang saya sewa RM300 sebulan sebenarnya terletak didalam sebuah unit rumah yang mengandungi 3 buah bilik.
 |
| Kondo Rakyat - Tinggi sungguh |
Singkat cerita, saya berjaya menemui unit rumah yang bakal disewa dan berjumpa dengan pengurus tersebut. Saya disapa dengan baik dan dijemput masuk ke dalam untuk melihat keadaan bilik. Bagi saya biliknya agak kecil berbanding bilik di kolej kediaman hahah xD. Tapi untuk seorang tinggal didalam sebenarnya ok sahaja dan cukup selesa. Cuma kekurangannya biliknya tiada kipas (Perkara ini saya sedia maklum sejak awal) dan karpet bilinya agak berhabuk ditambah pula hidung saya jenis yang alah terhadap debu dan habis. Namun apa yang hendak dibuat kalau ini sahaja pilihan terbaik setakat ini? Sebenarnya saya tahu rayuan kolej kediaman akan dibuka, tetapi kali ini agak lambat. Semester sebelumnya rayuan dibuka sebelum semester bermula, berbeza pula untuk kali ini. Saya merancang untuk tinggal dirumah sewa sementara menunggu keputusan rayuan kolej kediaman. Oh yaa, siapa sangka rayuan kolej kediaman dibuka keesokan hari tinggal di bilik sewa? Saya juga baru tahu setelah mendapat notifikasi daripada pihak fasilitator pelajar Fakulti Sains.
 |
Keadaan biliknya
|
 |
| Kecian tiada kipassss huhu |
Setakat tinggal disini saya rasa semuanya baik dan selesa saja. Cuma tadi, masalah tiada kipas saya tangani dengan mudah - Beli kipas kecil USB di MR. DIY. Kamu mesti hairan kan kipas kecil kuat kah anginnya? Kuat! Kuat sangat, cuma jangkauan dia kecil sebab namanya kipas kecil kan?! Dan saya sempat lap-lap almari yang agak kotor serta menanggalkan karpet yang berhabuk. Terfiir untuk memodifikasi bilik ini biar kelihatan cantik misalnya cat, tukar karpet,dll. Namun kiranya saya bakal tinggal disini sementara sahaja & mungkin tak sampai sebulan pun. Soal makan bukan menjadi satu isu pun. Gerai makan, restoran mamak, kedai 24 jam KK Mart dan kedai runcit bertebaran di sekitar kondo. Kalau beli makanan dekat warung tepi jalan, harganya lebih murah(lebih kurang harga makanan di kafe kolej kediaman) berbanding di restoran mamak. Melihat warung bakso sementara merayau-rayau mencari makan mengikut selera, mindaku teringat akan suasana di Indonesia.
 |
Warung tepi jalan - Macam dekat Indo kan!!
|
 |
| Nasi Ayam Penyet |
Soal pengangkutan ke kampus ini agak leceh sikit. Kenapa? Sebab perlu tunggu bas yang tidak menentu waktu ketibaannya. Kadang cepat, kadang tunggu lama baru datang. Bas yang saya naiki ulang-alik ke kampus ialah Bas T789. Dari kondo ke kampus, saya perlu transiti di KL Gateway dahulu, lepas itu ambil Bas T789 juga untuk ke kampus (UM). Hal ini kerana KL Gateway ialah terminal pangkalan bas-bas ini. Jadi lecehlah kena transit lagikan? Bukan itu sahaja, bila mau pulang ke kondo pula pada waktu petang selalunya jalan raya pasti sesak! Maknanya buang masa banyak atas bas sedangkan jarak kondo-kampus tidaklah berapa jauh (lebih kurang 3km). Ikut betul ambil masa 10 minit sahaja jikalau tidak sesak. Tiba masanya sesak masa perlu hampir sejam untuk tiba. Letihh kalau macam ini hari-hari haha. Saya lebih rela jalan kaki kalaupun dekatlah berbanding redah kesesakan lalu lintas bersama bas.
Yang sukanya tinggal dekat sini ialah ada taman riadah kanak-kanak, betul-betul mengamit nostalgia zaman kecil. Bermain buaian, gelongsor & jongkan-jongket merupakan ‘syurga’ seorang kanak-kanak. Seseorang yang bergelar mahasiswa universiti pun menikmati permainan kanak-kanak inii hahaha…Pada pagi hari pula ada peluang dapat nampak segerombolan burung merpati lepak di taman riadah sambil diberi makan oleh penduduk kondo sekitar. Melihat burung-burung tersebut mengingatkan saya tentang salah satu bidang dalam kombinatorik yakni ‘Pigeonhole Principle’ atau Prinsip Sarang Merpati. Prinsip ini mengatakan apabilla terdapat n bilangan sarang dan (n+1) bilangan merpati, maka sekurang-kurangnya 1 sarang akan ditempati lebih dari 1 merpati. Lebih jauh prinsip ini diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti sains komputer, teori nombor dan lain-lain.
 |
Burung Merpati - Teringat Pigeonhole Principle
|
 |
| Dekat kondo ada playground yuhuuu.... |
Proses rayuan Kolej Kediaman(KK) dibuka keesokan hari setelah menginap di bilik sewa. Rayuan pertama di KK9 kerana lebih banyak bilik yang tak berpenghuni. Masuk akal, tapi setelah menelaah lebih jauh saya berhadapan dengan dilema semasa memilih KK yang perpotensi tinggi untuk diterima. Hal ini kerana jika bilangan bilik tersedia paling banyak, maka dijangka ramai pelajar pasti pilih KK9 dan peluang saya untuk memperoleh KK9 lebih rendah kerana perlu bersaing dengan ramai pelajar. Pada masa yang sama saya rasa apa yang difikirkan oleh saya mungkin juga difikirkan oleh pelajar lain. Maka mungkin lebih ramai yang memilih KK dengan ketersediaan bilik yang lebih sedikit. Alhasil saya bertaruh nasib untuk memilih KK9 akhirnya. 2 hari setelah itu, malang sekali rayuan saya ditolak. Dan buat kedua kalinya saya memohon pula di KK2 secara rawak tanpa alasan. Saya sempat e-mel pihak kediaman untuk memperoleh maklumat ketersediaan bilik dan pengetua KK13 memaklumkan melalui e-mel untuk datang ke pejabat kalau saya masih tidak memperoleh mana-mana KK. Tidak lama, rakan saya mengajak saya untuk ‘walk-in’ ke KK13 secara langsung, katanya masih banyak kekosongan dan sesiapa sahaja merujuk ke pejabat pasti akan dapat kK. Ini merupakan kesempatan terbaik nampaknya! Benarlah, usaha tidak akan mengkhinati hasil. Proses rayuan secara ‘walk-in’ berjaya,dan saya memperoleh Kolej Kediaman 13.
KK13 merupakan salah satu kediaman yang berada di luar kampus, yang satu lagi ialah KK9. Walaupun lokasinya diluar kampus, namun ia masih berada dekat dengan UM. Tapi KK13 berada sedikit lebih jauh dari kampus berbanding KK9. Sebagai ilustrasi, diperlukan masa lebih kurang 20minit jalan kaki dari KK13 ke jabatan Fizik.Tapi jarak dari KK13 ke pintu KK9 (salah satu pintu di UM) tidaklah terlalu jauh, sekitar 10 minit berjalan kaki. Bas disini juga tersedia yakni bas UM (route 13) dan bas Rapid KL seperti T815(masuk UM) & T790 (ke MidValley). Jadi tidak begitu sukar mendapatkan pengangkutan awam.
 |
| Beginilah bilik saya dekat KK13 |
Kendati memperoleh KK13, saya mennggenapkan 2 minggu tinggal di bilik sewa kondo. Sebenarnya tidak sampai 2 minggu pun mungkin hanya seminggu 5 hari dan lepas tu saya ciauuu.. Tak mengapa, di KK13 suasana lebih kondusif untuk belajar sebab dikelilingi para pelajar. Berbeza jikalau di kondo, pelbagai golongan umur dapat saya perhatikan dengan gelagat yang berbeza-beza. Pendek cerita, pada 18/10 (hari Jumaat) merupakan hari pertama saya tinggal di KK13. Semoga semeseter kali ini berjalan lancar dan kalau memperoleh keputusan cemerlang bak kata orang putih ‘Flying Color’.
Ulasan
Catat Ulasan