Summer School on Physics & Artificial Intelligence di Universitas Indonesia | Perkongsian | Cerita | Manfaat

 1. Prolog

Sekitar bulan Julai tahun 2023 lalu, saya terserempak dengan iklan 'Summer School' di kumpulan WhatsApp pelajar Fizik. Apa yang menarik ialah Summer School tersebut berkaitan dengan Fizik diberi judul 'Summer School on Physics & Artificial Intelligence' yang berlangsung di Universitas Indonesia(UI), Depok, Jawa Barat, Indonesia. Berdasarkan hasil carian saya, Universitas Indonesia merupakan institusi pengajian tinggi terbaik di Indonesia selain ITB dan UGM. Program Summer School ini sebenarnya merupakan kolaborasi Universiti Malaya(UM) - Universitas Indonesia(UI) dibawah jabatan Fizik masing-masing. Maknanya, UM dan UI akan menghantar pelajarnya masing-masing ke program tersebut dengan tujuan mereka dapat mempelajari sesuatu yang baharu dalam bidang Fizik sekaligus mempelajari budaya disetiap negara. Ketika itu, saya rasa ini merupakan peluang yang terbaik untuk meneroka perkara baharu bukan sahaja berkenaan Fizik, namun kebudayaan di Indonesia, suasana belajar di UI sekaligus jalan-jalan hehe..... Sekolah musim panas ini berlangsung selama kira-kira 3bulan dan terbahagi kepada mod atas talian dan bersemuka. Mod bersemuka berlangsung on the spot di UI selama seminggu. Dalam seminggu tersebut banyaklah aktiviti yang dijalankan. Seterusnya mod atas talian. Namun tidak bermakna tiap hari ada kelas untuk mod atas talian. Dalam seminggu tu ada lebih kurang 2 sesi atas talian sahaja. Jadi tidak la terlalu stres dan menyampah belajar tiap hari😂

Sebelum menyertai program tersebut, semestinya saya telah mempertimbangkan kesemua aspek secara masak-masak dan tidak terburu-buru. Antara aspek yang saya ambil kira seperti berikut. 

a. Yuran penyertaan & Tanggungan

Mungkin ini merupakan faktor utama kenapa saya menyertai program ini. Sebab penyertaan PERCUMA(FREE!). Siapa manusia di dunia ini yang tidak suka dengan perkataan 'FREE'? Walaupun tiada yuran penyertaan, namun peserta masih perlu menampung kos penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta. Selain itu, kos perbelanjaan peribadi sepanjang berada di UI juga harus diuruskan sendiri oleh pelajar. Maka, peserta digalakkan untuk membawa wang yang cukup misalnya untuk tujuan hendak 'jalan-jalan', membeli-belah, ataupun jikalau hendak membeli barangan cenderamata kepada keluarga tercinta.

Eppss... Belum habis lagi.. Sebab pihak UI juga menanggung para pelajar dari segi makanan sepanjang kelas kuliah secara fizikal di sana. Mereka juga menyediakan pengangkutan pergi balik dari lapangan terbang ke UI dan sewaktu lawatan ke TMII & Pantai___ (nanti saya cerita) hehehe sabarrr... Jadi kira baiklah kan sebab kemudahan dan tanggungan yang diberikan sangat memadai dan berbaloi. 

b. Menginap di mana??

Para pelajar dari UM diberikan kemudahan penginapan di hotel universiti diberi nama Wisma Makara. Fasiliti di Wisma Makara memang tip top la, serupa hotel (memang hotel pun hahah). Setiap bilik diperuntukkan kepada 2 orang pelajar. Suasana biliknya sungguh nyaman, bersih dan luas juga. Bilik hotel tersebut tersedia penyaman udara dan bilik mandi dengan tandas. Setiap pagi, bilik tersebut akan dibersihkan serta cadar fabrik tilam akan diganti. Air bersih untuk diminum dan mandi juga tersedia. Makanan dengan mudah didapatkan di cafe asrama yang terletak kira-kira 5 minit saja jalan kaki. Yang menarik ialah, makanan dia lebih murah daripada kafe di UM. Tamsilnya, nasi ayam penyet dijual pada harga Rp. 10000 sahaja atau bersamaan kira-kira RM 3. Kalau di cafe di UM boleh dapat pada harga berkisaran RM 5-6. Untuk penginapan di hotel, bagi saya tidak ada rungutan sama sekali. Cuma satu sahaja masalah kecil yakni tidak ada tempat untuk menyidai pakaian yang hendak dicuci. Terpaksa pakaian tersebut dijemur di dalam tandas. Ambil masa juga lah untuk kering, kira-kira 2 hari.  

c. Wang yang dibawa. 

Sebelum tiba di Jakarta, Indonesia, saya sudah menukar wang kira-kira RM400 iaitu bersamaan RP. 1 juta lebih. Jadi sebenarnya tidak susah untuk menjadi jutawan, cukup tukar wang RM300 dan anda bergelar jutawan di Indonesia xD. Wang ini dibawa untuk perbelanjaan peribadi atau untuk keperluan kecemasan nantinya. Walaupun demikian, wang ini saya hanya gunakan untuk membeli oleh-oleh kepada keluarga dan perbelanjaan semasa berada di luar UI. 


d. Kos penerbangan.

Untuk tiba di Universitas Indonesia, anda perlu menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta. Saya sebenarnya berada di Sabah ketika itu, dan tiada penerbangan terus ke Jakarta. Maka, saya harus singgah di Kuala Lumpur terlebih dahulu. Kos penerbangan pergi balik berjumlah RM 700. Nilainya memang agak besar, namun nasib baiklah pihak UM menyediakan bantuan kewangan bersifat tuntutan kepada pelajar. Tuntutan tiket penerbangan maksimum separuh harga sahaja. Jadi, saya dapat tuntut RM 350. 

e. Kemashalatan yang diperoleh. 

Program UI Creates - Summer School 2024 merupakan suatu peluang yang bagus untuk mempelajari asas Fizik yang belum kami pelajari di UM serta sedikit pengenalan tentang Artificial Intelligence (AI). 
Melalui program sebegini kami dapat mempelajari sesuatu yang baharu dan berharga kepada kami seperti budaya di sana dan suasana pembelajaran di UI. Antara perkara baharu yang kami pelajari sepanjang program ini ialah :
  • Biofizik
  • Quantum gravity
  • Aplikasi nuklear fizik dalam perubatan moden
  • Artificial Intelligence for biospectroscopy
  • Batik & rumah tradisional di Indonesia


f. Program berlangsung sewaktu cuti akhir tahun ke-2. 
Mujurlah program ini berlangsung semasa cuti akhir tahun ke-2 selama hampir 3 bulan. Maka, kami dapat menghadiri kelas bersemuka dan atas talian tanpa adanya kekangan. Selalunya memang program Summer School kolaborasi antara universiti luar negara dilaksanakan semasa cuti semester bagi kedua-dua institusi tersebut. 

2. Bertolak

Perjalanan saya bermula di Kota Kinabalu, Sabah menuju Kuala Lumpur. Ketika itu saya balik ke rumah terlebih dahulu setelah cuti semester bermula. Untuk fasa pertama, kami akan menghadiri kelas atas talian selama 2 minggu barulah bertolak ke UI untuk kelas bersemuka. Saya bertolak rumah seawal 5 pagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu(KKIA).
Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Saya dikehendaki untuk transit di Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Soekarn-Hatta, Jakarta. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta mengambil waktu hanya sejam lebih sahaja.
           
              Penting untuk declare kedatangan masuk ke Indonesia!   

3. Pengalaman & Pembelajaran

Pembelajaran atas talian :
Sesi kuliah atas talian bermula pada 18 Julai hingga 1 Ogos 2023 bagi sesi 1 dan 14 Ogos hingga 5 September 2023 bagi sesi 2 setelah pulang dari Indonesia bagi sesi bersemuka. Secara keseluruhan terdapat 10 pertemuan kuliah, namun dijalankan tiap 2kali dalam seminggu. Kuliah pertama disampaikan oleh Dr. Adam Badra Cahaya mengenai 'Transport & Optical properties of Materials'. 
Kursus ini cenderung kepada Fizik Keadaan Pejal(Solid State Physics) dan Jirim Termampatkan (Condensed Matter). Jadi kami didedahkan berkenaan Perpindahan Haba & Elektik pada logam dan pepejal, Kekonduksian Elektron, Haba Spesifik, Model Drude dan banyak lagi. Cuma saya agak sedikit teruja dan tertarik dengan cara persembahan bahan kuliah menggunakan 'Prezi'. Bagi saya, ini merupakan sesuatu yang saya sendiri belum pernah saksikan pensyarah di kampus saya mempersembahkan slaid menggunakan Prezi.. Hahaha xD.

Banyak jugalah benda baru yang saya ketahui melalui kuliah pertama ini, lantaran ilmu Fizik saya juga masih cetek.😂 Kuliah seterusnya untuk kursus lain seperti Teknologi Membran & Mekanik Lanjutan. Setelah itu kuliah/aktiviti seterusnya dilangsungkan di Universitas Indonesia.

Pembelajaaran bersemuka (1minggu) : 
  • Belajar kursus Fizik baharu 
  • Budaya Indonesia
  • Batik Indonesia
  • Lawatan ke TMII
  • Jalan-jalan ke Pantai Pasir Putih
  • Melawat sekeliling UI
Sesampainya di Soekarno-Hatta International Airport, kita harus Pengisytiharan Kastam di laman sesawang beacukai. Para pelancong dari luar negara WAJIB melaksanakan prosedur ini sebagai peraturan di Indonesia. Ingat, dimana bumi berpijak, disitu langit dijunjung. 

Kami dijemput oleh fasilitator yang juga merupakan pelajar UI. Para pelajar dikehendaki untuk menaiki bas ekspres dari lapangan terbang ke Universitas Indonesia yang mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Syukur puji Tuhan, Alhamdulilah kira-kira jam 5 petang Waktu Indonesia Barat(WIB) kami tiba di Wisma Makara, yakni hotel Universiti yang saya sebut dari awal. 
Pintu depan Universitas Indonesia

Wisma Makara
Wisma Makara, Universitas Indonesia (UI)

Beginilah suasananya pada waktu malam. Terang benderang

A. Sesi kuliah

Semasa berada di UI, kami menghadiri beberapa siri kuliah Fizik bagi berbagai topik seperti sains bahan, ciri optikal bahan, mekanik analisis lanjutan(belajar Hamiltonian dan Lagrangian juga seperti dalam kelas Mekanik 2 tapi kali ini lebih advance dan meliputi pembuktian) belajar solid state physics, kuantum graviti, fizik perubatan, pengesanan hidrogen(Sensing hydrogen), Kecerdasan Buatan dan banyak lagi.


 Jabatan Fizik UI.

B. Melawat makmal Sains Bahan

Kami menyaksikan beberapa eksperimen fizik berkenaan Hydrogen sensing method dan juga insulin detection. Sesi ini memberi pengenalan tentang kaedah uji kaji dalam makmal untuk mengesan gas hidrogen dan insulin.
Rasanya ini merupakan proses elektrolisis air. 
Yang paling penting sekali, ada makanan disediakan. Yumm yumm!!

 

C. Kecerdasan Buatan & Robotik.

Bagi sesi kecerdasan buatan dijalankan di jabatan Matematik tepatnyadibangunan kecerdasan buatan. Disini kami menyaksikan persembahan 'tarian' dari robot yang terprogramkan untuk menari. Ini merupakan pertama kali saya melihat segerombolan robot menari mengikut rentak dan irama lagu yang dialunkan.Pesembahan yang cukup memukau mata yang memandang dengan estetik tarian. Kami juga berpeluang untuk membina robot lego sendiri dan melaksanakan program mudah agar ia boleh bergerak Beberapa kumpulan dibentuk dan masing-masing kumpulan akan memasang robot-robot ini berdasarkan arahan daripada fasilitator. Setelah itu mempertandingkan robot tersebut yang manakah lebih laju dan sampai ke garisan penamat terlebih dahulu.
 
 
Robotnya boleh menari guyss!!!
  
 
Robot yang kumpulan kami 'assemble'
 

D. Melawat Makmal Parangtopo (Bahan organik)

Parangtopo merupakan makmal bahan organik yang dimiliki oleh UI.Disini mereka memproses sisa bahan organik daripada sisa makanan terbuang, daun-daun,tanaman layu dan sebagainya. Bahan-bahan organik ini akan diproses menjadi kompos yang mana dapat gunakan sebagai usmber tenaga elektrik untuk menyalakan lampu-lampu dan perkasan elektronik 'ringan'. Disini kami memperoleh banyak ilmu baharu mmengenai kompos dan sebagai alternatif untuk penjanan tenaga  secara kecil-kecilan. Saya sebenarnya sedikit terkilan dan kagum bagaimana tidak, kompos yang kita anggap sebagai benda ‘tidak berguna’ atau lebih tepat SAMPAH dapat dimanfaatkan sebagai elemen uatama penjanaan elektrik setelah melalui berbagai proses. Apa yang saya masih ingat, proses penjanaan elektrik menggunakan kompos melibatkan beberapa proses utama yakni :

A) Pengumpulan sampah (daripada sisa makanan/minuman)
B) Proses pencacahan (proses penguraian bahan kompos kpd bahan lebih kecil)
C) Bahan kompos dibiarkan beberapa minggu/hari.
D) Proses anaerobik bertindak pada bahan ini.
 
Belajar lebih lanjut mengenai kompos di laman sesawang  https://www.ui.ac.id/kompos-ramah-lingkungan-bantu-penyuburan-tanah-warga-jatijajar/
 
Makmal Parangtopo (pembuatan kompos menghasilkan tenaga elektrik)


Tempat penyimpanan tenaga elektrik daripada kompos

E. Batik (Fakulti Kebudayaan)

Disini kami dapat mempelajari cara mencanting batik. Tidak sukar asalkan kamu ikut langkah-langlah dibawah :
1. Sediakan Alat dan Bahan (Kain Mori, canting, lilin, pewarna)
2. Sediakan Pola Batik untuk dicanting
3. Mencairkan Lilin (menggunakan alat penamas)
4. Proses Mencanting (menggunakan canting)
5. Proses Mewarna corak yang dicanting
6.  Proses Merendam Kain ke dalam air panas bewarna 
 
Selain daripada proses pebuatan batik, kami juga mendengarkan sedikit 'kuliah' berkenaan asal usul batik, nama batik dan berkenaan kepentingan menjaga kebudayaan batik. Khusus kali ini, kami mempelajari proses mencating batik Indonesia. Apa yang membezakan antara batik Indonesia dan Malaysia hanyalah terletak pada jenis motif/corak. Batik Indonesia lebih kepada bermotifkan corak haiwan/serangga dan mempunyai unsur kepercayaan dan falsafah hidup. Kalau batik Malaysia coraknya lebih bebas/rawak dan lebih kepada corak tumbuhan seperti dedaun dan bungaan. Tambahan pula, kaedah pembuatan kedua-dua jenis batik ini juga ada perbezaaan tapi kalau inipun bergantung kepada tempat/negeri juga.

Selain itu, kami juga berkunjung ke Fakuti Kebudayaan untuk mempelajari alat muzik kebudayaan nusantara iaitu Gamelan. Jujur ini pertama kali dapat belajar dan memainkan alat muzik Gamelan. Kami diperkenalkan alat muzik Gamelan dan untuk pengetahuan set Gamelan terdiri daripada beberapa alat muzik lainnya seperti kermong, gambang, saron kecil, saron besar, kenong, gong besar dan kecil.  Disamping itu, kami juga diajar cara untuk memainkan Gamelan dengan betul termasuklah untuk memahami irama dan rentak muzik yang dimainkan. 
Mendengar sesi taklimat pembuatan batik. 

 

 Dan ini merupakan corak batik yan g saya buat. Cantik tak hehe

Alat muzik Gamelan (Bonang)
Gong besar dengan tulisan aksara Jawa.

Membaca jambatan ilmu !

 

E. Pantai Pasir Putih Aloha

Kami juga berkesempatan mengunjungi Pantai Putih Aloha di Jakarta, Indonesia, dan merasakan suasana pantai yang tenang dengan pasir putih lembut di bawah kaki. Untuk pengetahuan kamu, pantai Aloha merupakan pantai buatan  menampilkan pasir yang begitu putih dan halus, seakan bercahaya di bawah sinar matahari. Setiap langkah di pasir tersebut terasa lembut, memberikan sensasi tenang dan santai.Bayu laut yang diciptakan menciptakan rasa damai dan tenang dalam sanubari diiringi suara ombak berirama. Kami tidak melepaskan kesempatan ini untuk berfoto di depan patung dewi, merupakan lokasi tarikan pengunjung untuk mengambil gambar. Dikatakan patung dewi merupakan simbol pemberi kemakmuran, kesejahteraan, dan rezeki.Selain itu, kami juga berpeluang mengambil foto matahari terbenam menjauhi ufuk cakerawala. 
Tengok pasir dia sangat putih
                                         
Ini patung dewa
Pantai Pasir Putih Aloha

F. Taman Mini Indonesia Indah (TMII)

Taman Mini Indonesia Indahi(TMII) merupakan taman mini yang pertama dicadangkan oleh presiden kedua negara Republik Indonesia iaitu Soeharto sebagai arkib pertunjukkan replika rumah trasidisional setiap kaum di Indonesia. 

Disini kami dikehendaki untuk menyelesaikan sebuah permainan cabaran iaitu untuk pergi ke 5 buah 'checkoint' ditandai oleh negeri(provinsi) di Indonesia dan mengambil gambar rumah tradisional tersebut. Kumpulan yang pertama menyelesaikan cabaran merupakan pemenang utama. Tanpa disangka, kumpulan saya yang terdiri daripada 3 orang menjuarai cabaran ini. Yeayyy hahaha!!!

Semasa berada di Taman Mini Indonesia Indah (TMII), kami berpeluang melihat keunikan budaya dari pelbagai daerah di Indonesia yang dipamerkan di taman ini. Setiap kawasan di TMII menampilkan replika rumah tradisional dan pakaian adat dari pelbagai suku di Indonesia, memberikan gambaran menyeluruh tentang kepelbagaian budaya negara ini. Tambahan pula, kami juga mengunjungi muzium dan galeri di TMII yang menampilkan warisan seni dan sejarah Indonesia. Tambahan pula, kami juga menyaksikan Indonesia Science Center (ISC) di dalam kawasan TMII. Ini serupa Petrosains versi Indonesia la kan hehe.  Sebelum pulang, kami sempat lagi berbelanja cenderamata di sebuah kedai TMII.
             
 Gambar diatas memaparkan replika rumah Lampung
 

Indonesia Science Center

 

G. Jalan-jalan ke shopping mall

Shopping mall atau pusat membeli belah merupakan tempat yang menjadi pusat perhatian dan kunjungan tak kiralah para pelancong asing mahupun penduduk tempatan. Kami berkunjung ke beberapa pusat beli belah berdekatan untuk sekadar mencuci mata dan mungkin membeli sesuatu yang boleh dijadikan buah tangan pulang ke rumah masing-masing. Hehe… Namun bagi saya pergi ke pusat beli belah tanpa wang yang mencukupi itu bagaikan mandi tanpa menggunakan sabun, tidak lengkap !! Namun tak mengapalah, orang cakap, ‘Apa salahnya mencuba’, haha..Seperti biasa, kalau masuk mall kita akan singgah kedai fashion dahulu seperti uniqlo, H&M dan sebagainya. Tempoh hari kami pergi ke kedai H&M sahaja. Seperti biasa melegar-legar , melihat pakaian, ambil gambar dan ‘ciaoo’.. Setelah itu pergi makan, hahaha..Sempat juga singgah ke kedai buku & alat tulis dan ke grocery. Alhasil, kami sempat bawa pulang angin ke Wisma Makara. Hahahah……

H. Jalan raya di Jakarta (Depok)

Huhu!! Kalau kita berbicara mengenai jalan raya di sekitar Jakarta lebih tepatnya di Depok, Jakarta Barat, perumpamaan yang saya boleh berikan ialah, ‘Bagai semut yang mengerumuni gula’. Jalan raya di Jakarta sungguh sesak dan majoritinya dihiasi oleh motorsikal disetiap sudut jalan raya. Bagi saya penggunaan motorsikal sangat relevan di sana memandangkan keadaaan dimana jalan-raya mereka sungguh sesak terutama pada waktu puncak dimana orang-orang pergi/balik ke/dari kerja. Bagi anda yang bercadang untuk berkunjung ke wilayah di Indonesia, pastikan anda memilih motorsikal untuk disewa buat kemana-mana(bagi yang dilema ingin menyewa kereta atau motorsikal)
 
Jam teruk, hmmm!!
 
Menara Indofood

I. Pandangan Peribadi mengenai Indonesia.

Bagi saya, Indonesia merupakan sebuah negara yang tidak jauh beza dengan Malaysia dari segi tradisi, makanan dan orang-orang nya. Cuma mungkin perbezaan terletak pada bahasa namun masih dapat memahami pertuturan mereka. Makanan yang dijual ditepi jalan agak murah dan lazat. Cuma kena hati-hati sedikit bila memilih gerai makanan. Pilihlah gerai yang bersih dan selesa. Susun atur bandar mereka agak padat lah dan ''city-planning'' kurang terancang menyebabkan jalan raya mereka agak sempit. Gerai-gerai, bangunan dan rumah diletak secara sembarangan saja di bandar Jakarta dan adakalanya rumah dan gerai-gerai diletakkan di kawasan pembangunan yang sama. Jadi bagi saya agak kurang terancang, tak seperti di Malaysia yang ada spesifik kawasan khusus untuk rumah dan bangunan lain. Mungkin ini merupakan salah satu faktor kenapa berlakunya 'macet'(sesak lalu lintas) yang parah dekat Jakarta. Dari segi demografi dan budaya ada kesamaan la kann. Kalau 'language barrier' rasanya tidak berlaku semasa berkomunikasi. 
Yeayy dapat makan seblak (Makanan orang Sunda)
Sempat lagi main ping-pong haha

 

4. Manfaat Program

Program Summer School on Physics & Artificial Intelligence yang berlangsung di Universitas Indonesia memberikan banyak manfaat berharga kepada para peserta, baik dari segi akademik mahupun pengalaman peribadi. Beberapa manfaat utama yang saya peroleh sepanjang program ini sudah saya sematkan seperti dibawah :

  1. Pengembangan Pengetahuan dalam Fizik dan AI
    Salah satu manfaat terbesar daripada program ini ialah peluang untuk mendalami topik-topik fizik yang belum pernah saya pelajari di universiti asal. Melalui kuliah yang diberikan, saya dan peserta lain dapat memahami konsep-konsep baharu seperti biofizik, graviti kuantum, aplikasi nuklear dalam perubatan moden, serta kecerdasan buatan (AI) yang diaplikasikan dalam biospectroscopy. Topik-topik ini membuka pandangan baru terhadap fizik moden dan memberikan kefahaman mendalam tentang bagaimana AI digunakan dalam pelbagai bidang sains.

  2. Pengalaman Langsung di Makmal
    Lawatan ke makmal di Universitas Indonesia juga memberikan peluang kepada kami untuk menyaksikan secara langsung eksperimen-eksperimen fizik terkini, seperti kaedah pengesanan hidrogen (hydrogen sensing) dan pengesanan insulin. Ini memberi pengalaman praktikal yang sukar diperoleh hanya melalui pembelajaran teori di kelas. Melihat sendiri cara teknologi digunakan dalam eksperimen sains bahan memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang aplikasi konsep-konsep fizik yang kami pelajari.

  3. Pembelajaran tentang AI dan Robotik
    Sesi kuliah mengenai kecerdasan buatan (AI) dan robotik memperkaya lagi pengalaman kami. Di sini, kami berpeluang menyaksikan persembahan robot yang diprogramkan untuk 'menari' mengikut rentak muzik. Ini adalah kali pertama saya melihat segerombolan robot berinteraksi dengan begitu lancar melalui teknologi AI. Selain itu, kami juga diberi peluang untuk membina robot Lego dan memprogramkannya agar bergerak. Aktiviti ini bukan sahaja mengasah kemahiran dalam pengaturcaraan robotik tetapi juga mendorong kreativiti dan kerjasama antara peserta.

  4. Eksposur Budaya dan Alam Indonesia
    Program ini tidak hanya terfokus pada aspek akademik, tetapi juga memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari budaya tempatan. Kami diperkenalkan kepada seni tradisional Indonesia seperti batik dan cara mencanting batik. Ini memberikan pengalaman langsung dalam mengenal kekayaan budaya negara tersebut. Kami juga mengunjungi Pantai Putih Aloha, sebuah pantai buatan dengan pasir putih yang memukau, serta Taman Mini Indonesia Indah (TMII) yang menampilkan miniatur seluruh kepelbagaian budaya Indonesia. Melalui lawatan ini, kami bukan sahaja memahami aspek teknikal, tetapi juga memperluas perspektif kami tentang kehidupan di Indonesia.

  5. Jaringan Akademik dan Pengalaman Antarabangsa
    Salah satu manfaat terbesar dari penyertaan program ini ialah peluang untuk menjalin hubungan dengan pelajar dan akademisi dari pelbagai latar belakang dan negara. Pengalaman ini memberikan jaringan antarabangsa yang berharga, membuka peluang untuk kolaborasi di masa depan dan memperkaya pemahaman kami tentang cara pembelajaran di luar negara. Selain itu, suasana pembelajaran di Universitas Indonesia memberikan gambaran baru tentang budaya akademik di luar Malaysia, membantu saya menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.

    5. Kesimpulan

    Program-program sebegini seharusnya digalakkan dalam kalangan pelajar. Apalagi ini melibatkan kerjasama antara universiti untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua institusi sekaligus kedua-duanya merupakan institusi kebangaan masing-masing negara. Para pelajar seharusnya mengambil peluang ini untuk mengikuti program pertukaran pelajar atau mana-mana program yang mampu memberikan nilai tambah pada diri bukan semata-mata menyertainya atas tujuan merit atau kredit sahaja. Selain itu, penyertaan program sebegini dapat menambah jaringan kenalan serta mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dari kedua-dua buah negara. Selagi kita masih diberikan nyawa dan jiwa untuk hidup, selagi itu kita harus mengejar peluang untuk menuntut ilmu(dan selagi masih percuma dan tidak membebankan secara 'financial' haha). 

    Gerombolan pelajar bergegas memasuki bas
    Mercu tanda Universitas Indonesia (Digambar pada waktu malam)

Sijil penghargaan daripada UI


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SIAPA SEBENARNYA SOCRATES DAN KENAPA BELIAU SANGAT BERPENGARUH? | PERKONGSIAN FALSAFAH

Perkongsian Pengalaman Belajar Sarjana Muda Sains Fizik di UM Selama 7 Semester | Fizik UM | Pengalaman | Cerita

My 3-Day Journey at the Program Usahawan Perantis (SPACE 3.0) in Kuching, Sarawak | Story | Experience | Journey | Entrepreneurship