Falsafah Bunga Seroja (Lotus) dan Rahim seorang ibu - Apa kaitannya dalam hidup? | Falsafah | Pandangan | Pengalaman
Pernah nampak tak bunga seroja, atau lebih dikenali sebagai lotus ? Kadang-kadang orang sebut bunga ni bunga teratai. Namun, jangan silap sebab bunga lotus dan teratai sedikit berbeza walaupun kedua-duanya tanaman air dan kelihatan serupa. Salah satu perbezaan ketaranya ialah bunga lotus dan daunnya tumbuh tegak diatas air manakala bunga teratai dan daunnya pula terapung diatas air. Selain itu ada perbezaan pada bentuk kelopak bunga lotus dan teratai. Kedua-dua jenis bunga mempunyai warna yang pelbagai seperti putih, ungu, biru dan pink (merah jambu). Bunga lotus yang nampak indah dan cantik bagi saya ialah yang warna pink! Bunga ni sebenarnya sejenis tumbuhan akuatik maksudnya, dia hidup di kawasan berair seperti kolam, tasik dan paya. Menariknya, lotus bukan tumbuhan sebarangan; ia tumbuh subur di kawasan tropika dan subtropika Asia termasuklah India, China, Thailand, dan juga Malaysia. Kalau di Jepun dan Vietnam, bunga ini malah dijadikan simbol ketenangan dan kesucian. Dari jauh, k...