Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2024

Pengalaman Pertama Kali Anak Perantau Menginap di Bilik Sewa | Cerita Saya | Diari | Pengalaman

Jadi hari ini(13 Oktober 2024) sudah genap 5 hari saya tinggal di rumah sewa di kondo Rakyat, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.  Saya bertolak dari rumah (Penampang, Sabah) pada 8 Oktober lepas seawal jam 4.30 pagi. Sebenarnya para penumpang dikehendaki untuk datang awal ke lapangan terbang untuk mengelakkan kelewatan semasa pendaftaran bagasi dan barangan penumpang. Penumpang diumumkan untuk beratur masuk pesawat dijadualkan pada jam 5.45 pagi, suasana di Sabah sudah terang pada ketika itu. Berbeza apabila di KL, keadaan masih sangat gelap gulita walaupun waktu menunjukkan 6.30 pagi.    Ini sebentar lagi take-off Kejadian yang membuatkan saya agak panik semasa memunggah bagasi dikaunter layan diri ialah apabila saya dinyatakan terlewat dan daftar masuk secara layan diri sudah ditutup. Betapa paniknya saya apabila membaca amaran yang terpampang pada layar elektronik tersebut. Saya lantas panik, bapa saya yang melihat raut wajah dan gerak-geri saya yang tidak keruan kerana kepan...