Summer School on Physics & Artificial Intelligence di Universitas Indonesia | Perkongsian | Cerita | Manfaat
1. Prolog Sekitar bulan Julai tahun 2023 lalu, saya terserempak dengan iklan 'Summer School' di kumpulan WhatsApp pelajar Fizik. Apa yang menarik ialah Summer School tersebut berkaitan dengan Fizik diberi judul 'Summer School on Physics & Artificial Intelligence' yang berlangsung di Universitas Indonesia(UI), Depok, Jawa Barat, Indonesia. Berdasarkan hasil carian saya, Universitas Indonesia merupakan institusi pengajian tinggi terbaik di Indonesia selain ITB dan UGM. Program Summer School ini sebenarnya merupakan kolaborasi Universiti Malaya(UM) - Universitas Indonesia(UI) dibawah jabatan Fizik masing-masing. Maknanya, UM dan UI akan menghantar pelajarnya masing-masing ke program tersebut dengan tujuan mereka dapat mempelajari sesuatu yang baharu dalam bidang Fizik sekaligus mempelajari budaya disetiap negara. Ketika itu, saya rasa ini merupakan peluang yang terbaik untuk meneroka perkara baharu bukan sahaja berkenaan Fizik, namun kebudayaan di Indonesia, suasana b...