Biasisawa MyBrainSc KPT 2023 | Pengalaman
1. MUKADIMAH - MyBrainSc KPT Mungkin khabar yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar pra-universiti mahupun universiti merupakan hebahan permohonan antara biasiswa yang paling berprestij di Malaysia yakni MyBrainSc dibawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT). Biasiswa ini menyasarkan kepada seluruh pelajar warganegara Malaysia yang sedang atau bakal mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda (Bachelor Degree) dan Ijazah Pasca Sarjana (Master Degree & PhD/Doctoral) dalam bidang SAINS TULEN seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik. Untuk pengetahuan korang, biasiswa ini terbuka bukan hanya khusus kepada para penuntut universiti awam (IPTA) malahan juga kepada para pelajar yang menuntut di universiti swasta (IPTS) serta universiti terkemuka antarabangsa. Dikutip daripada laman rasmi Biasiswa MybrainSc, objektif utama pelaksanaan biasiswa berprestij ini adalah untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara serta menghasilkan para ilmuan sains be...